I made this widget at MyFlashFetish.com.

ISLAM: WAY OF LIFE

>> Sunday, September 28, 2008


ISLAM: WAY OF LIFE

Di zaman yang sedang pesat membangun, semestinya kemajuan yang akan diutamakan. Pembangunan yang pesat sejajar dengan saranan daripada pihak kerajaan yang pernah melaungkan slogan Dasar Pandang Ke Timur telah menjadikan Negara kita sebagai sebuah Negara yang dikenali, bukan sahaja di rantau ini bahkan di seluruh dunia. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh kerajaan sejak 51 tahun Negara kita merdeka.

Namun begitu, pembangunan yang sedang berlaku ini hanya berlaku dalam segenap aspek. Pembangunan yang dilakukan tidak menyeluruh seperti apa yang diperkatakan. Apa yang penulis ingin bawakan ialah pembangunan yang berlaku hanya dalam aspek materialistik semata-mata. Akan tetapi, pembangunan dari sudut akhlak dan ruhiyyah diketepikan. Menagapa ini boleh terjadi? Mengapakah pembangunan ini tidak berteraskan Islam sebagai ad-deen?

Ikhwan yang dirahmatai Allah,

Jika kita meneliti nas-nas yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis, jelas sekali bahawa Allah telah menjadikan agama ini sempurna. Dalam Surah Al-Baqarah, Allah Ta’ala telah mememrintahkan kepada manusia agar menganut agama ini (Islam) secara keseluruhannya. Firman Allah dalam ayat 208 surah Al-Baqarah, mafhumnya;

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana ia (syaitan itu) musuh kamu yang nyata.

Dalam ayat ini, Allah menyuruh hamba-Nya agar melaksanakan seluruh syariat Islam itu sendiri. Menurut Tafsir Ibnu Katsir, Imam Ibnu Katsir menukilkan bahawa Ikrimah menyatakan, ayat ini mengisahkan sebahagian orang yahudi yang telah masuk Islam tetapi ingin mengerjakan sebahagian daripada syariat Taurat yang biasa dilakukan seperti I’tikaf pada hari Sabtu. Maka Allah menyuruh menegakkan semua syariat Islam. Menurut Tafsir Al-Jalalain, kalimah كافة yang membawa maksud keseluruhannya ditafsirkan sebagai keseluruhan syariat Islam itu sendiri. Antara syariat yang terkandung dalam Islam ialah dari segi Aqidah, Ibadah, Akhlak, Munakahat, Jenayah, Muamalat dan Ekonomi. Ini bermaksud undang-undang atau ketetapan yang dibawa oleh Islam itu sendiri sudah cukup cantik untuk diikuti.

Sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan tentang ad-deen:


ان الدين يسر ولن يشاد الدين أحد الا غلبه...

Mafhumnya:
Sesungguhnya Agama itu mudah. Tiadalah (akibat) seseorang yang memberatkan agama melainkan dia sendiri akan mengalami kesukaran kerananya (agama)…

Menurut pandangan dan pendapat para ulama’, ad-deen yang dimaksudkan dalam Hadis di atas boleh di sama ertikan dengan cara hidup. Apabila bercakap mengenai cara hidup, ianya amat berkaitan dengan kehidupan harian seorang manusia. Ianya bermula seawal seseorang itu bangun dari tidurnya, hinggalah dia kembali memejamkan mata. Dan jika kita meneliti beberapa nas daripada Al-Quran, kita akan mendapati bahawa hanya agama yang diredhai Allah hanyalah Islam. Maka, bagaimanakah kita mampu menyisihkan agama dari kehidupan?

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Jika kita menelusuri situasi yang terjadi pada saat dan ketika ini, dasar-dasar sekularisme dijadikan panduan mengatasai Al-Quran dan Hadis yang bersesuaian dengan setiap zaman. Manusia pada hari ini menggubal undang-undang menurut hawa nafsu mereka. Jika mereka merasa tidak menepati dengan citarasa, mereka akan mengubah. Dasar sekularisme yang diperkenalkan oleh seorang pengkhianat Islam, Kamal at-tartuk telah menyebabkan runtuhnya Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924. Mereka hanya menjadikan agama itu hanya sekadar di masjid-masjid dan surau-surau. Perang saraf yang dibawa oleh Yahudi telah berjaya meracuni pemikiran ummat manusia pada hari ini. Mereka telah berjaya memisahkan agama dari kehidupan.

Sebagai contoh, pada hari ini kita dapat melihat kedapatan manusia yang hanya menjadikan ulama’ itu sebagai rujukan dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Dalam hal yang berkaitan masalah agama, hal yang berkaitan tentang halal dan haram makanan sahja, hal yang berkaitan dengan sah atau batalnya sesuatu ibadah sahaja. Di manakah terletaknya peranan ulama’ sebagai pewaris para Nabi? Dalam aspek ekonomi, politik atau hal-hal yang berkaitan dengan profesionalisme, mereka tidak menjadikan ulama’ itu sebagai tempat rujukan. Dalam aspek politik contohnya, ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa agama dan politik tidak boleh disatukan, Maka bagaimanakah halnya ketika Negara Islam pertama yang ditubuh dan hal itu termaktub dalam catatan sirah. Bagaimana pula halnya Rasulullah menjadikan perlembagaan yang pertama (sohifah madinah) selari dengan citarasa Islam dan hal ini diakui oleh ramai cerdik pandai yang mengatakan perlembagaan ini adalah perlembagaan yang terbaik. Tidakkah Rasulullah menjadikan Islam itu sebagai cara hidup? Atau apakah kita hanya mengikut sebahagian daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah?

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah hadis Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya;

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang kepadanya; Kitabullah dan Sunnahku

Dalam mafhum hadis di atas, Rasulullah menyatakan bahawa manusia tidak akan sesat jika mereka terus berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pernyataan ini jelas membuktikan kepada kita bahawa perlembagaan yang paling tinggi adalah nas yang bersumberkan Allah dan Rasul-Nya. Jika kita tidak berpegang kepadanya, nescaya kita adalah orang yang mengingkari hal ini (Na’uzubillah). Kebenarannya jelas terbukti apabila seorang ahli parlimen British pernah menyatakan dalam persidangan mereka pada tahun 1870 bahawa, selagi mana kitab ini (Al-Quran) menjadi pegangan kaum muslimin, maka selagi itulah Yahudi tidak akan berkuasa. Bermula dari saat itu jugalah, pelbagai serangan mula dilakukan. Serangan yang dilancarkan kebanyakan tertumpu kepada perang saraf dengan tujuan melemahkan ummat Islam. Antaranya, gejala hedonisme yang disebarkan oleh mereka ternyata telah melemahkan kebanyakan pemuda Islam yang ada pada hari ini. Contoh yang jelas apabila kita melihat sambutan merdeka atau sambutan tahun baru, ternyata hiburan yang keterlaluan yang menjadi ‘juadah’ para pemuda dan pemudi dan mereka mengakhiri malam tersebut dengan pesta seks. Inilah yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam, menjadikan Al-Quran itu jauh daripada ummat Islam. Dan perkara ini dapat melemahkan ummat Islam, sekaligus menjadikan musuh bertambah kuat.

Ikhwah yang dirahmati Allah,

Sebagai penutup, penulis ingin menagajak para ikhwah sekalian untuk merenung kembali detik-detik kegemilangan Islam yang pernah menaungi dua pertiga dunia satu ketika dahulu. Kejayaan Ibnu Sina, Ibnu Battutah, dan para cendekiawan Islam yang lain berpunca dengan menjadikan Islam sebagai pegangan dan cara hidup mereka. Ayuh ikhwah sekalian! Kita ambil semangat ini untuk melangkah ke hadapan, melangkah dengan langkahan sang pejuang yang berpaksikan Islam sebagai cara hidup, dengan satu tujuan. Untuk menobatkan Islam di persada dunia… Allahu Akbar!!!


Read more...

Couple... Tatapan Bersama

>> Tuesday, September 23, 2008

Assalamu'alaikum.. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan, yang masih lagi m'izinkan al-faqir menulis.. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia lagi Agung, Sayyiduna Muhammad ibn Abdillah (selawat), dan juga ke atas para sahabat Baginda yang mulia, ahli keluarga Baginda, serta para pengikut ajaran yang di bawa Baginda hingga hari kebangkitan kelak..


Ikhwah dan Akhwat,


Saban hari umur semakin meningkat. umur kita menuju ke penghujungnya yang belum lagi kita pasti bilakah masanya kita akan dijemput. namun, realiti yang berlaku pada hari ini amatlah menyedihkan.. Kebejatan arus tsunami JAHILIYYAH MODEN yang semakin parah telah membuatkan al-faqir terasa untuk menulis..Gejala sosial yang berlaku semakin tenat bahka boleh dikatakan sampai ke tahp nazak.. jgn kita kata gejala ini hanya berlaku pada masyarakat yang jahil tntg agama, bahkan sebenarnya golongan yang mengaku mengetahui selok-belok agama juga turut terjebak ke dalam hal seperti ini.. jgn kita sgka gejala sosial yang dimaksudkan oleh al-faqir hanya sekadar gejala-gejal yang berat seperti dadah, arak, pelacuran dan sebagainya.. tetapi yang al-faqir maksudkan ialah gejala couple yang semakin meruncing di kalangan golongan yang belajar al-Quran dan Hadis.. al-faqir pernah terdengar istilah "couple Islamic", "cinta anta-anti", "couple yang menepati syarak".. ah, banyak lagi istilah yang boleh al-faqir tulis.. yang mana semua itu hanyalah TIPU DAYA SYAITAN SEMATA-MATA..


Allah telah mengingatkan kita bahawa syaitan akan menghiasi amalan kita yang buruk agar nampak seolah-olah baik.. al-faqir pernah ditanya.."Ustaz, kalau kami couple, tapi kami x tinggal solat, kami x pgg2 tangan, kami bawa mahram keluar sekali, kami saling meng'sms' tazkirah, x dak masalah kan ustaz? boleh kan? kami x langgar syara' pun.." itulah antara soalan yang pernah diajukan kpd al-faqir.. jawpannya mudah.. TAK BOLEH, HUKUM TETATP HARAM.. tidak ada istilah couple syara', kerana couple iytu sendiri telah melanggar syara'.. bertepatan dgn firma Allah dalam surah Al-Israa' mafhumnya.." Janganlah kamu menghampiri zina..." dalam ayat ini, Allah telah menegah supaya JANGAN MENGHAMPIRI ZINA, BUKAN JANGAN BERZINA.. larangan yang jelas dalam al-Quran.. jika couple itu dikatakan m'hampiri zina, turuq (jalan) menuju ke arahnya spt berbalas-balas sms juga adalah HARAM.


Ikhwah dan akhwat..


dalam sebuah kitab, Jami'ul fatawa mu'asoroh, Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi, Syeikh 'Atiah Saqr, Syeikh Mutawalli Sya'rawi telah menyatakan hukum seorang wanita yang bertunang jika keluar dengan tunangnya, dan bercakap melalui telefon adalah tidak harus @ lebih tepat lagi haram.. ini kerana pertunangan itu belum lagi menghalalkan apa yang haram.. jika tunang hukumnya masih lagi tidak m'benarkan hal seperti ini, apatah lagi jika belum bertunang!!! ada yang mengatakan kepada al-faqir, kita perlu meraikan hal fitrah manusia.. ingin al-faqir nyatakan bahawa fitrah ini menuju kepada perkara yang dilarang Allah.. Dlam sebuah Hadis, Rasulullah menyatakan mafhumnya.." Perumpamaan aku dan ummatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, maka banyaklah belalang dan kupu-kupu yang menuju ke arah api dan berjatuhan ke dalamnya, sedangkan ada yang cuba m'halang.. dan Aku sentiasa memegang ikat pinggang kamu daripada terjatuh ke dalamnya sedangkan kamu sentiasa terlepas dari pegangan ku.." Hadis ini riwayat Muslim dan Ahmad.. nah! jelasalah bahawa fitarah kita mmg m'jurus ke arah perkara yang dilarang.. justeru, apakah lagi alasan yang kita boleh berikan untuk menghalalkan apa yg haram?


Mungkin ianya nampak terlalu syadid. Tapi jika difikrkan semula, Islam itu ialah sebuah agama yang suci. Bagaimana kesucian boleh bercampur dengan kekotoran..? Jalan yang terbaik untuk mengahalang diri daripada perbuatan ini ialah dengan cara berpuasa. puasa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah kerana melalui puasa syaitan dan nafsu menjadi lemah.


ayuhlah ikhwah dan akhawat, sedarlah kalian dari lena yang panjang.. kita merupakan generasi impian yg ditunggu-tunggu oleh masyarakat. apakah layak untuk kita memimpin masyarakat jika kita tidak 'membersihkan' diri kita daripada gejala-gejala ini.. ketahuilah, bahawasanya ALLAH TIDAK PERNAH MENSIA-SIAKAN HAMBANYA.. ALLAH ITU MAHA PEMURAH, PENGAMPUN DAN PENERIMA TAUBAT..


WALLAHUA'LAM...

Read more...

5 TIPS PILIH SAHABAT

>> Sunday, September 21, 2008


Assalamualaikum...
SALAM BUAT SEMUA...


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH


wassalam wbt........


*dipetik dari koleksi lisanul hakim

Read more...

10 MALAM TERAKHIR; ANTARA LAILATUL QADRI AN AIDILFITRI

>> Saturday, September 20, 2008

Salam Ikhwan…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi dan infiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Ta’ala, yang masih memberi ruang dan kesempatan kepada kita untuk hidup dalam nikmat Iman dan Islam, seterusnya memberi kita kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah…!
Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W , ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda, serta para pengikut Baginda sehingga hari Kiamat.
Ikhwah yang dirahmati Allah,
Sedar ataupun tidak, pada hari ini kita telah masuk ke pusingan ketiga dalam bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan al-Mubarak. Jika kita ibaratkn seperti sebuah perlawanan bola sepak, kita telah melepasi dua separuh masa; separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Dan sekarang ini kita berada dalam masa kecederaan. Dan seharusnya bagi seorang pemain meginginkan kemenangan bagi pasukannya. Ternyata sekiranya belum ada sebarang gol yang mampu dijaringkan oleh kedua-dua pasukan, maka masa kecedaraan inilah merupakan masa yang paling berharga dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi merebut sebuah piala yang diiidamkan.
Begitu juga halnya dengan umat Islam. Fasa pertama yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai fasa rahmat, dan fasa kedua yang disifatkan sebagai fasa keampunan telah berlalu. Maka apabila kita memasuki fasa yang ketiga, iaitu yang disifatkan sebagai pelaepasan daripada api neraka, seharusnya kita perlu melipat gandakan usaha bagi merebut ‘piala Taqwa’. Di dalam fasa ini juga sebilangan ulama’ berpendapat bahawa akan berlakunya satu peristiwa yang dinamakan malam al-Qadr (Lailatul Qadri). Peluang yang dihidangkan Allah ini bukanlah satu peluang yang boleh dipandang enteng, kerana ianya peluang keemasan yang hanya mampu dimiliki oleh umat Muhammad S.A.W.
Firman Allah dalam surah AL-Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamilah yang menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr. Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam tersebut turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.”
Di dalam ayat di atas jelas dinyatakan oleh Allah bahawa malam Al-Qadr ini lebih berharga dan lebih baik daripada seribu bulan. Jika kita menghitung semula, seribu bulan ini bersama dengan 83 tahun. Jelas dengan melakukan ibadat pada satu malam, fadhilatnya menyamai dengan tidak kurang dari 83 tahun. Bukankah itu satu peluang yang mampu membuatkan kita mendapat redha dan cinta ALLAH..?
Ikhwah yang dirahmati Allah,
Rasulullah S.A.W merupakan utusan Allah dan hamba Allah yang paling taat di atas muka bumi ini. Diriwayatkan, ketika memasuki 10 malam yang terakhir dari Ramadhan, Rasulullah akan melipat gandakan amalan Baginda. Baginda juga lebih banyak beri’tikaf di masjid. Ini anatara amalan dan sunnah yang perlu diikuti bagi mendapatkan malam Al-Qadr. Seharusnya kita perlu menjadikan Ramadhan ini sebagai satu bulan yang mampu menjana semula kekuatan bagi mengharungi sebelas bulan yang mendatang. Jika kita meniliti kisah perjalanan hidup para ulama’ salafus soleh, mereka juga melipat gandakan amalan dan ibadat mereka pada bulan Ramadhan, terutamanya pada sepuluh malam yang terakhir. Mereka menjadikan Ramadhan yang mereka lalui seolah-olah itulah Ramadhan terakhir dalam kehidupan mereka.
Akan tetapi, amat berbeza dengan situasi masyarakat sekarang. Apabila masuk sahaja 10 Ramadhan yang terakhir, maka lagu hari raya lebih banyak dimainkan daripada Al-Quran. Di saat itu juga, berbondong-bondong manusia ke pasaraya atau ke kedai-kedai untuk membeli persiapan hari raya. Di saat itu jugalah pihak pengurusan pasaraya galak menawarkan harga runtuh bagi para pembeli. Potongan harga sehingga 50% ternyata memberi kesan yang besar kepada institusi masjid. Apatah lagi dengan kaum hawa yang sibuk menyediakan juadah hari raya. Justeru, bagaimana keadaannya dengan malam-malam terakhir Ramadhan yang dilalui? Adakah perkataan Lailatul Qadri itu hanya sekadar meniti di bibir atau turut disertakan dengan amalan?
Penulis tidak menyatakan bahawa perkara ini tidak dibenarkan di sisi syarak. Akan tetapi, keutamaan yang sepatutnya diberikan kepada menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan telah di salah gunakan oleh sesetengah pihak.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnah aku, maka dia mencintai aku. Dan siapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku d dalam syurga kelak.”
Ayuh ikhwah sekalian, gunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk menjana semula kekuatan bagi mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba. Penulis ingin mengungkapkan semula kata-kata guru penulis di saat penulis masih menuntut di MMAS dahulu, “Berusahalah untuk merasakan diri sebagai hamba Allah, bukan hanya sekadar tahu diri itu adalah hamba, kerana amat berbeza seorang yang tahu bahawa dia adalah hamba dengan seorang yang merasakan dia adalah hamba…”.
Sebagai penutup, penulis ingin mengajak ikhwah sekalian merenung sebuah kisah. Ketika Rasulullah ingin menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah, Jibri A.S mendatangi Rasulullah. Pada langkahan pertama Rasulullah mengatakan amin. Begitu juga pada langkahan kedua dan ketiga. Maka para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah berkata, “ketika aku melankah pada tangga pertama, Jibril berkata; celakalah bagi siapa yang disebutkan padanya namamu tetapi dia tidak berselawat kepadamu. Aku menjawab amin. Pada tangga yang kedua Jibril berkata lagi; celakalah bagi siapa yang masih mempunyai kedua orang tua tetapi tidak mampu memasukkannya ke dalam syurga. Aku menjawab amin. Pada tangga yang ketiga, Jibril berkata lagi; celakalah bagi siapa yang baru melepasi bulan Ramadhan tetapi dirinya tidak diampun Allah. Aku menjabawab dengan jawapan yang sama, amin.”
Renungkan…
Ditulis oleh Ikhwan Hafiz…

Read more...

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP