I made this widget at MyFlashFetish.com.

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

>> Sunday, October 26, 2008

Assalamu'alaikum..

Bahan ini ana ambil daripada blog ustaz nasarudin tantawi. Diharapkan mampu memberi 1 ilmu baru kpd kita. Dan beberapa bahan yang menarik untuk dikongsi tentang perkara yang sama di dalam http://one-g.blogspot.com
Sekian,
Ikhwan Hafiz

*************
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandang satu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita dibenarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]

penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".

(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

Read more...

SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG...!

>> Wednesday, October 22, 2008


Anak-anak itu bersih,
Ibarat kain putih,
Bimbinglah kami mengenal Allah,
Mengenal syurga dan neraka…

Begitulah sebahagian rangkap nasyid alunan kumpulan Aura. Nasyid ini memberi seribu satu makna dan bersangkutan dengan pembinaan generasi akan datang. Generasi yang akan datang merupakan generasi yang akan menempuh satu zaman yang lebih mencabar berbanding hari ini. Kerana itu, pembinaan fizikal, mental dan spiritual amat penting bagi memastikan Islam itu terus berada di persada dunia. Mursyidul Am Ikhwan yang kelima, Ustaz Mustafa Masyhur pernah berkata, “Tarbiyah itu bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah”

Namun, situasi hari ini seperti tidak menyokong perjalanan tarbiyah ini berlangsung. Ia dibuktikan apabila banyak program hiburan diadakan. Jika dahulu kita hanya mendengar program ini untuk mereka yang mempunyai kelulusan SPM dan berumur 21 tahun ke atas, namun hari ini program seperti ini dibuka untuk kanak-kanak yang masih belum mengenal erti kehidupan yang penuh pancaroba. Siapa yang akan bertanggungjawab dengan penglibatan anak-anak kecil dalam program hiburan ini? Sebuah Hadis Rasulullah S.A.W pernah bersabda, mafhumnya;

“Setiap anak-anak itu dilahirkan dalam keadan fitrah (suci), maka ibu bapanyalah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…”

Hadis ini terdapat dalam Sohih Muslim. Benar apa yang Rsulullah telah sabdakan kepada kita. Pada hari ini, jika ibu bapa yang tidak mendorong atau mengajar anak-anak berkenaan sesuatu, mereka tidak terdorong untuk melakukan hal tersebut. Jika dahulu, anak-anak dididik untuk menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka dengan tidak mengenepikan agama sebagai panduan, tetapi hari ini berlaku sebaliknya.

Jika ibu bapa menjadi pendokong utama untuk membentuk anak-anak menjadi seperti ini, maka sudah tentu ada penyokongnya. Pada hari ini, artis-artis ‘lahir’ bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka dipuja dan diberi penghormatan. Dan anak-anak hari ini turut terkesan dengan fenomena yang tidak sihat ini. Sebut sahaja siapa artis di Malaysia ini yang tidak mempunyai peminat di kalangan anak-anak kecil. Tetapi jika ditanya siapa juara Akademi Al-Quran musim ketiga misalnya, hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Bukan sahaja di kalangan anak-anak, bahkan ibu bapa juga ada yang tidak mengenalinya. Mereka yang cuba mengangkat kesenian Islam tidak ditonjolkan, tetapi mereka yang cuba membawa identiti dan pengaruh barat inilah yang diberikan tempat. Sebuah hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya;

“Apabila ummatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu: apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturut kehendak isteri, anak derhaka terhadap ibunya, sedangkan ia baik dengan kawannya, ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya, suara sudah ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, khamar (arak) sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki), para artis disanjung, muzik banyak dimainkan, generasi akhir uammat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hrndaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
(H.R Tirmizi)

Rasulullah telah memberi ancaman kepada kita jika artis dan muzik terlalu banyak dan disanjung-sanjung, maka azab Allah akan menimpa.

Jika kita meneliti rancangan-rancangan di televisyen, banyak rancangan hiburan untuk anak-anak kecil. Yang terbaru di bawah seliaan sebuah stesen televisyen swasta, ‘Idola Kecil’. Nah! Bukankah ini jalan untuk menjadikan mereka lupa kepada ancaman yang disebutkan dalam hadis di atas? Justeru, program tarbiyah perlu diperhebat dari akar umbi untuk melahirkan generasi tarbawi yang mampu memimpin negara dan dunia menurut acuan Islam. Bukannya generasi yang lalai dengan hiburan yang melampau.

Maka, menjadi tanggungjawab para du’at sekelian untuk menyedarkan masyarakat sekarang yang hanyut dengan arus yang dicipta oleh puak kuffar yang bertujuan memisahkan Islam dari kehidupan. Ayuh, wahai pencinta agama! Kita selamatkan generasi akan datang..!

Read more...

SENI KEMATIAN

>> Thursday, October 16, 2008


Mati Itu Seni...


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa…

Begitulah antara sebahagian lirik nasyid ‘Pergi Tak Kembali’ dendangan Rabbani. Syahdu hati ini bila mendengarnya. Lirik yang mampu membawa kita untuk mengingati mati. Tidak kurang juga lirik nasyid ‘Barzakh’ dendangan Far-east, cukup menggetarkan hati bagi siapa yang mendengar. Dan seharusnya kita mengambil ihtimam tentang hal ini kerana kematian akan berlaku kepada setiap makhluk yang bernyawa, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, raja mahupun rakyat. Semuanya akan merasai kematian..!

Kematian itu pasti tiba. Allah menyebut di dalam Al-Quran, Surah Ali Imraan ayat 185 mafhumnya;

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

Dan setiap makhluk tidak akan dilewatkan atau dipercepatkan saat kematiannya walaupun satu saat. Firman Allah dalam Surah Al-A’araf ayat 34, mafhumnya:

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”

Seperti yang kita sedia maklum, makhluk Allah yang bernama malaikat merupakan makhluk Allah yang patuh dan tidak pernah melanggar walau satu pun perintah Allah. Maka apabila diperintahkan kepada Malakul Maut (‘Izrail) untuk mencabut nyawa setiap makhluk Allah, maka perintah itu dilaksanakan dengan pantas dan tidak pernah terlewat walaupun sesaat.

Hakikat bagi kehidupan yang kita lalui sekarang hanyalah sebuah pengembaraan dan kita adalah musafir yang ingin pulang ke destinasi. Terdapat tiga golongan yang melalui pengembaraan ini. Golongan pertama ialah golongan yang hidup untuk dunia sahaja. Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis); sama ada berdasarkan falsafah mahupun golongan ‘Dahriyyin’. Golongan yang kedua ialah golongan yang sesat antara dunia dan akhirat. Mereka ini adalah golongan kebanyakan. Mereka tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara (Na’uzubillah). Dan golongan yang ketiga ialah golongan yang menganggap dunia ini adalah lading tanaman untuk akhirat. Mereka inilh golongan yang benar-benar beriman, bahkan mereka mengetahui hakikat hidup. Mereka menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firaman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 32, mafhumnya;

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir?”

Dan hakikat yang sebenarnya, meraka ini adalah golongan yang cerdik kerana mereka mengetahui hakikat kehidupan. Mereka mengetahui matlamat kehidupan ini adalah kematian. Justeru, apabila mengetahui hakikat ini mereka akan menyediakan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang jauh dan berliku ini. Dan mereka yang sentiasa mengingtai mati adalah mereka yang mampu mencipta seni kematian tersendiri. Sebuah hadis Nabi, mafhumnya;

“Seseorang itu akan hidup seperti cara hidupnya…”

Dalam mafhum hadis ini, Rasulullah S.A.W menerangkan kepada kita tentang seni kematian. Lihat sahaja kepada beberapa tokoh yang berjaya mencipta nama dalam hidup mereka seperti As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, As-Syahid Dr Abdullah Azzam, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan beberapa tokoh Malaysia seperti As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Almarhum Dato’ Fadzil Noor dan ramai lagi tokoh, merupakan orang yang berjaya mencipta seni kematian mereka tersendiri. Meraka mendapat kemuliaan di sisi Allah dengan gelaran Syuhada’.

Orang yang ingin mencipta seni kematian perlu melalui corak kehidupan seperti corak kemtian yang mereka inginkan. Jika mereka ingin mati dalam keadaan berada dalam majlis ilmu, maka kehidupan mereka perlu berada di ruang lingkup tersebut. Jika mereka inginkan kematian sebagai seorang syahid, maka kehidupan mereka perlulah tidak lekang daripada perjuangan. Justeru, bagaimanakah seni kematian yang kita inginkan? Tepuklah dada, tanyalah iman...!

Saiyiduna Ali Karamallahuwajhah pernah berkata ketika bangun di sepertiga malam untuk bermunajat kepada Tuhannya, maksudnya:

“Ah, sedikitnya bekalanku sedangkan perjalananku masih jauh”

Jika itu yang dirasakan oleh Saiyiduna Ali, sedangkan ibadat mereka jauh lebih bermutu dan berkualiti daripada ummat yang mutaakhirin ini, maka bagaimana pula keadaan kita yang masih terumbang-ambing dengan amalan dan persediaan kita untuk bertemu Allah di hari Kiamat kelak? Sama-sama kita bermuhasabah..!

Read more...

15 Keutamaan Al Qur’an dalam Hadits

>> Saturday, October 11, 2008

1. Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda, “Bacalah Al Qur’an sesungguhnya ia akan dating di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya” (Riwayat Muslim)

2. Dari Nawwas bin Sam’an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di akhirat kelak akan didatangkan Al Qur’an dan orang yang membacanya dan mengamalkannya, didahului dengan surah Al Baqarah dan Surah Ali “Imran, kedua-duanya menjadi hujah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya.” (Riwayat Muslim)

3. Dari Usman bin ‘Affan ra. telah berkata: Rasululloh saw. bersabda, “Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)

4. Dari Aisyah ra. telah berkata: Rosulloh saw. bersabda,” Orang yang membaca Al Qur’an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Dari Abu Musa Al Asy’ari ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda,”Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur’an seperti buah Uttrujah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur’an seperti buah kurma, tidak ada baunya dan rasanya manis.Dan perumpamaan Orang munafik yang membaca Al Qur’an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit.Dan orang munafik yang tidak membaca AL Qur’an seperti buah hanzal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit. (Riwayat Bukhari & Muslim)

6. Dari Umar bin al Khattab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, sesungguhnya Alloh mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur’an.” (Riwayat Muslim)

7. Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, “ Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara : Laki-laki yang dianugrahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur’an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugrahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

8. Dari Barra’ bin ‘Azib ra. telah berkata: Seorang laki-laki membaca surat AlKahfi dan disinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua tali panjang, tiba-tiba ada awan yang melindunginya dan semakin mendekat dan kudanya menjauhinya. Pagi-paginya laki-laki itu mendatangi Nabi Muhammad saw. dan menceritakan peristiwa tersebut, maka beliau bersabda, “itu adalah ketenangan yang turun karena Al Qur’an.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

9. Dari Ibnu ‘Abbas ra. beliau berkata: Rasululloh saw. bersabda, “ Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur’an laksana sebuah rumah yang runtuh.” (Riwayat Turmuzi, beliau berkata: Hadits ini hasan dan sahih)

10. Dari Abdullah bin Amru bin Al’Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, “Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur’an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan didunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan dan sahih)

11. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir ra. berkata:” Rosululloh saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda:” Siapakah diantara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau ‘Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturrahmi ?” kami menjawab,” Kami ingin ya Rasululloh” Lantas beliau besabda, “Mengapa tidak pergi saja ke Masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur’an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta.” (Riwayat Muslim)

12. Dari Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Muhammad saw bersabda,”Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang palin fasih membaca Al Qur’an.” (Riwayat Muslim)

13. Dari Jabir bin Abdullah ra. bahwasanya:Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, “ Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur’an?” dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa’i & Ibnu Majah)

14. Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseoarang yang sedang membaca Al Qur’an kemudian berdo’a kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas ia berkata aku pernah mendengar Rosululloh saw. bersabda, “Barang siapa yang membaca Al Qur’an maka berdo’alah kepada Alloh denagn Al Qur’an karena sesunbgguhnya akan dating beberapa kaum yang membaca Al Qur’an dan orang-orang berdo’a dengannya.” (Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)

15. Dari Ibnu Mas`ud ra. ia berkata: “Barang siapa membaca satu huruf dari Al Qur’an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud ‘Alif laam miim satu huruf melainkan Alif satu huruf lam satu huruf dan miim satu huruf. (Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)


*ditulis oleh naqibku di mesir, akh Arief Idzuan bin Nordin

Read more...

AIDILFITRI ; HARI KEMENANGAN ATAU HARI BERPESTA??

>> Wednesday, October 8, 2008

Salam Aidilfitri…

Ummat Islam baru sahaja menyambut hari lebaran atau hari kemenangan. Setelah sebulan ummat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa, maka apabila tibanya 1 Syawal semua ummat Islam menyambutnya dengan penuh gembira. Semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda menyambut hari ini dengan penuh gembira. Ucapan tahniah dan bermaafan telah menjadi satu adat dan tradisi malahan ia merupakan satu perkara yang amat dituntut di dalam Islam.

Kemeriahan aidilfitri amat dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Namun yang menjadi persoalan di sini, adakah aidilfitri yang kita sambut selama ini bertepatan dengan kehendak syarak ataupun hanya sekadar melampiaskan nafsu semata-mata setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa? Apa yang dimaksudkan di sini, adakah hari raya atau aidilfitri ini dijadikan sebagai hari kemenangan atau hari melakukan pesta secara besar-besaran?

Contoh yang paling mudah untuk kita teliti, apabila semua siaran televisyen menayangkan hiburan-hiburan yang tidak membawa kita mendekatkan diri dengan Allah.
Pada 1 Syawal dihidangkan dengan konsert. Pada 2 Syawal juga dengan konsert dan nyanyian. Hal ini berlanjutan sehingga beberapa hari yang berikutnya. Kita lebih senang menjadikan hari raya ini sebagai hari untuk melakukan semula dosa setelah kita merasakan cukup dengan sebulan berpuasa. Apakah ibadah ini hanya khusus untuk bulan Ramadhan?

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman mafhumnya;

…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.
(Al-Baqarah;185)

Allah telah menjelaskan kepada ummat manusia agar menyambut hari kemenangan ini dengan membesarkan Allah, agar kita tergolong dalam golongan yang bersyukur. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Nyanyian dan artis lebih mendapat tempat. Adakah ini wasilah untuk kita menyatakan rasa syukur kita kepada Allah, Rabbul Jalil? Ini adalah bid’ah yang besar lagi menyesatkan.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7, mafhumnya;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”

Ingatlah wahai ikhwah, Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya, tetapi kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. Madrasah Ramadhan sepatutnya menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah. Maka sewajarnya kita menyambut ‘hari konvokesyen’ kita dengan melafazkan lafaz-lafaz yang agung lagi suci, bukan menyambut kemenangan ini dengan bid’ah dholalah. Sebuah pepatah arab menyatakan;

Janganlah kamu menjadi Ramadhaniyyin, tetapi jadilah kamu Rabbaniyyin…

Marilah kita bermuhasabah semula, adakah kita menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan ini hanya sekadar untuk menjadi Ramadhaniyyin atau menjadi Rabbaniyyin? Tepuk dada, tanya iman…! Semoga madrasah Ramadhan yang baru kita lalui ini mampu menjadikan diri kita sebagai graduan yang bertaqwa, Insya Allah…

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin…
Kullu ‘amin wa antum bikhairin…
Taqabbalallahu minna wa minkum solihul ‘amal..

Read more...

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP