I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label tasyji'. Show all posts
Showing posts with label tasyji'. Show all posts

APA SUMBANGAN KITA?

>> Thursday, January 8, 2009

Salam Ikhwah…

Sudah sekian lama jari ini tidak menari-nari di atas papan kekunci komputer. Dunia kini digemparkan dengan serangan yang begitu hebat dikenakan ke atas penduduk Palestin atau lebih tepat lagi di wilayah semananjung Gaza yang dikuasai HAMAS. Bukanlah bermakna al-faqir tidak peka dengan isu yang semakin hangat ini, namun disebabkan beberapa faktor telah menyebabkan al-faqir tidak sempat untuk menulis.

Berbalik pada isu Palestin. Semalam merupakan hari ke-11 Israel melancarkan serangan ke atas muslimin di Palestin. Lebih kurang 600 warga Palestin telah dilaporkan terbunuh di dalam aksi serangan tersebut. Sedangkan penduduk Israel yang terbunuh baru mencecah 9 orang. Subhanallah! Satu ujian yang maha hebat telah menimpa saudara-saudara kita di sana. Dan ketika ini, seluruh dunia mengecam tindakan ganas rejim Yahudi Laknatullah. Bahkan, seluruh dunia mendesak agar rejim Zionis ini menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin. Umumnya telah mengetahui hal ini.

Pada saat ini, al-faqir ini mengungkap semula beberapa akta yang al-faqir temui dalam beberapa siri bacaan al-faqir sebelum ini. Yahudi yang menginginkan sebuah Negara khas untuk masyarakat Yahudi telah mendesak khalifah Turki Uthmaniyyah yang terakhir, Sultan Abdul Hamid agar memberikan sedikit tanah di Palestin untuk masyarakat Yahudi membina penempatan mereka atau lebih tepat jika kita mengatakan membina sebuah Negara haram Israel. Sultan tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan tanah milik orang Islam kepada masyarakat Yahudi. Disebabkan hal tersebut, Yahudi telah merancang untuk menggulingkan pemerintahan khilafah Islam dan menggantikannya dengan system pemerintaha sekular. Dan perancangan halus mereka ini telah dijayakan oleh dua orang pengkhianat iaitu Kamal atarturk dan Ismat Inono!

Pada tahun 1984, dengan pertolongan Negara-negara kuasa besar, Yahudi telah mengiklankan pembentukan Negara Israel. Ben Gorion pada ketika itu telah berkata: “Sesungguhnya zionis telah mencapai matlamatnya pada 14 Mei 1948 dengan terbentukanya Negara Yahudi yang lebih besar daripada apa yang telah dipersetujui, dan dengan kelebihan dan kekuatan. Ini bukanlah merupakan perjuangan kita yang terakhir, tetapi pada hari ini kita telah memulakan langkah dan kita hendaklah berjalan terus untuk mencapai pembentukan Negara yang kita perjuangkan daripada Nil hingga ke Furat.” Yang dimaksudkan si Yahudi ini ialah Negara Israel telah terbentuk di kawasan yang lebih luas daripada apa yang telah disepakati melalui projek pembahagian Palestin di antara Yahudi dan Arab.

Israel sentiasa melakukan persiapan untuk mencapai matlamat perluasannya. Mereka telah menggunakan kesempatan kesibukan bangsa Arab terhadap mereka dan kadang-kadang mereka bersetuju dengan Arab untuk mencapai matlamat sehingga mereaka berupaya menawan Sinai, Bukit Golan dan semua Bumi Palestin.

Daripada apa yang telah al-faqir kemukakan hasil daripada siri bacaan al-faqir sebelum ini, jelaslah bahawa Yahudi yang dilaknat Allah ini telah meletakkan di hadapan mata mereka beberapa sasaran untuk melaksanakan perancangan dan mencapai apa yang mreka mahukan. Antaranya ialah mendirikan Negara Israel yang menganjur dari sungai Nil hingga ke sungai Furat di tengah-tengah Negara Islam.

Namun, sedikit persoalan yang ingin al-faqir lontarkan kepada para ikhwah pembaca sakalian. Sehingga kini, apakah sumbangan yang telah kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin? Mereka dihujani dengan bom dan peluru, dan mereka bermandi darah setiap hari! Adakah cukup hanya sekadar ungkapan “kesian dekat saudara-saudara kita di Palestin.” Tetapi apakah pula usaha kita untuk membantu saudara kita yang ditindas oleh Yahudi Laknatullah? Adakah kita hanya sekadar simpati terhadap apa yang menimpa mereka?

Ayuh wahai ikhwahku! Kita bersama menggembeling tenaga untuk menyedarkan masyarakat sekeliling kita tentang agenda jahat Yahudi ini. Kita tanamkan dalam diri kita perasaan benci terhadap kekufuran dan kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi dan sekutunya yang lain. Ya! Kemenagan itu pasti berlaku. Tetapi, adakah kita tega melihat saudara-saudara kita diperlakukan sedemikian seperti yang kita lihat hari ini? Cuba bayangkan jika yang disiksa itu ialah ibu dan ayah kita, abang kita, kakak kita, adik kita, saudara-mara kita. Sudah tentu kita akan mengambil tindakan segera untuk menetang kekejaman yang menimpa mereka. Janganlah kita menjadi orang yang kedekut. Kita wajibkan ke atas diri kita untuk berdoa agar Allah memberikan kesabaran dan kemenangan kepada muslimin di Palestin seterusnya menghancurkan Yahudi Laknatullah. Apalah sangat usaha kita yang kecil ini jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan para pejuang Islam di sana?

Tetapi ingatlah wahai ikhwah! Walau sekecil mana usaha kita, ia tetap akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak. Renungkanlah kisah seekor burung yang ingin menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim daripada dijilat api, lantas ia berusaha mengambil air menggunakan paruhnya. Ketika disoal mengapa ia berbuat demikian sedangkan ia mengetahui bahawa air yang dimbilnya itu tidak mampu memadam api yang besar lagi marak. Lantas ia menjawab; “Aku malu di hadapan Allah di akhirat kelak apabila aku melihat Kekasih-Nya sedang dibakar, tetapi aku tidak punya usaha untuk menolongnya”. Bagimana pula dengan keadaan kita sekarang? Tepuklah dada, tanyalah iman. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdaan Baginda, mafhumnya:

Barangsiapa yang tidak mengendahkan urusan muslim yang lain, maka dia bukan dari golongan mereka.

Kita memohon perlindungan kepada Allah daripada hal tersebut. Pintu jihad telah terbuka, ayuh! Kita mengorak langkah, kita buangkan barah ummah, membina sebuah ummah yang bermaruah, demi membela agama Islam yang disiksa dengan parah, agar kita pulang ke perkampungan akhirat dengan mendapat redha Allah, berbekalkan kalimah syahadah sebagai kunci jannah! ALLAHU AKBAR!!!

Read more...

OH, PEMUDA!

>> Friday, December 19, 2008

Pemuda, satu nama yang cukup gah dari zaman dahulu hingga kini, bahkan selamanya. Bagaimana gahnya seorang yang bergelar pemuda apabila mereka sering dijadikan sebagai harapan generasi sebelum mereka. Bahkan, di dalam pepatah arab sekalipun ada meyatakan, pemuda hari ini merupakan pemimpin hari esok. Kekuatan yang ada padanya sudah cukup membuktikan bahawa mereka adalah pemangkin kepada berjayanya sebuah kaum itu. Lantaran itu mereka sering dijadikan sasaran pihak musuh kerana musuh tahu, melalui pemuda sebuah kejayaan itu mampu dicapai.

Apabila kita melihat semula sirah Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat Baginda, kita akan dapati ramainya pendokong Islam ketika itu ialah para pemuda. Rasulullah S.A.W. berwasiat kepada umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding orang-orang tua. Baginda S.A.W. bersabda, mafhumnya:

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku.”

Rasulullah S.A.W. ketika diutuskan menjadi Rasul, Baginda berumur 40 tahun. Umur ini ialah peringkat kesempurnaan bagi seorang pemuda. Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. juga merupakan para pemuda yang cekal hati mereka dalam memperjuangkan kalimah suci. Abu Bakar r.a lebih muda daripada Rasulullah S.A.W. dalam ingkungan tiga tahun, Umar r.a ketika memeluk Islam baru berumur dua puluh tujuh tahun, Usman r.a lebih muda daripada Rasulullah dan Ali k.w. adalah yang termuda di kalangan khulafa’ ar-rasyidin. Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Sa’id bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus sahabat Rasulullah S.A.W. merupakan pemuda yang begitu komited dan cekal hati mereka dalam memperjuangkan Al-Haq.

Mereka telah meninggalkan kepada kita satu contoh tauladan untuk diikuti. Mereka merupakan golongan pemuda yang memiliki ciri-ciri mukmin yang sejati, seperti yang diterangkan di dalam Surah Al-Maaidah, ayat 54, di mana mereka berlemah-lembut dengan orang mukmin yang lain, dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, berjuang di jalan Allah tanpa mengenal erti takut sekalipun terhadap cercaan manusia.

Di zaman sekarang, di manakah tempat yang mungkin boleh kita dapatkan ‘produk-produk’ yang berkualiti seperti pemuda-pemuda yang disebutkan tadi? Di zaman yang serba mencabar ini, masih adakah lagi generasi-generasi persis generasi sebelum ini? Ya! Itulah jawapannya. Namun, jangan kita alpa, jangan kita lupa bahawa ramai di kalangan pemuda hari ini telah hanyut dek serangan yang dilancarkan oleh pihak kuffar. Mereka telah menggerakkan agen-agen yang giat menyebarkan fahaman dan doktrin mereka atas tujuan yang sama iaitu, melemahkan pemuda dan seterusnya memadam cahaya kebenaran di atas muka bumi ini.

Penyakit sekularime, pluralisme, vandalisme, nasionalisme, dan banyak lagi barah-barah yang sekarang ini telah menular di kalangan para pemuda. Namun, perancangan Allah lebih rapi. Kita tetap meyakini bahawa Allah tetap memelihara kebenaran melalui tangan-tangan hamba-Nya yang soleh. Penulis ingin mengajak para pembaca berfikir sejenak. Rasulullah S.A.W. telah menjanjikan bahawa kota Konstantinopel itu akan dibuka oleh seorang panglima yang baik dan dibelakangnya ialah tentera dan rakyat yang baik. Dan semua pemerintah Khilfah Islamiyah ketika itu mengharapkan bahawa merekalah yang dijanjinkan oleh Rasulullah S.A.W. Persoalan yang ingin penulis bawakan di sini, apabila Allah telah menjanjikan bahawa agama-Nya yang diredhai ini akan tetap terpelihara melalui tangan-tangan hamba-Nya yang soleh, siapakah mereka? Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang dijanjikan ini? Tidakkah kita mahu menjadi persis Ashabul Kahf yang tetap membela tauhid mereka yang suci demi mendapatkan sebuah balasan yang tiada nilainya di atas muka bumi ini?

Allah telah memberi peringatan kepada umat Muhammad S.A.W. di dalam Al-Quran, di mana Allah telah menyatakan bahawa jika kita berpaling daripada agama-Nya, maka Allah akan datangkan sebuah kaum yang lebih baik daripada sekarang untuk menegakkan kalimah Allah yang suci ini. Justeru, apabila kita tidak menjadi pilihan Allah, maka siapakah lagi yang lebih berhak ke atas diri kita?

Maka di sini penulis ingin mengajak diri penulis dan pembaca sekalian agar kita terus berusaha untuk menjadi pilihan Allah. Tenaga muda kita akan disoal di akhirat kelak. Kita jadikan tenaga muda yang ada sebagai galang ganti untuk mencapai sebuah kejayaan, iaitu memastikan Al-Haq terus berada di puncak. Kita jadikan generasi sebelum ini sebagai qudwah untuk terus berada di atas jalan menegakkan kalimah Allah yang suci ini. Ingatlah janji Allah di dalam Al-Quran, bahawasanya Allah akan memebeli dari orang mukmin itu nyawa dan harta mereka dengan menjadikan syurga sebagai bayarannya. Inilah perniagaan yang disebutkan oleh Allah sebagai perniagaan yang tidak akan ada ruginya, perniagaan yang mampu membebaskan kita daripada azab yang pedih. ALLAHU AKBAR!!!

Read more...

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP