I made this widget at MyFlashFetish.com.

"AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN"

>> Thursday, November 20, 2008

Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan

Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara.

Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.

Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa' Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula mengenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain,mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.

Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam. Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.

Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam.Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah.

Peperangan `Hutain' yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.

Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggalah apabila beliau wafat tidak meninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi didalamnya.Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa
perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti
rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!

Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun.


P/s: Petikan ini ana ambil daripada emel sahabat ana. Rasanya sesuai untuk dikongsikan bersama.

Ikhwah sekalian, sama2lah kita imbas kembali sirah nabawiyyah.. .betapa tingginya semangat juang Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam dan para sahabat demi kemenangan Islam tercinta...
Kepalkanlah tinjumu
Ayunkanlah kakimu
Pekikkan takbir ALLAHu akbar

Pasukan ALLAH berjuang
Tuk membangun peradaban
Meninggikan 'izzah islam
Menorehkan simbol kejayaan

Sinar mentari yang terang
Menambah semangat juang
Mujahid gagah perkasa
Mengguncangkan seisi dunia

Api jihad terus membara
Cita syuhada berkobar
Kesombongan kan binasa
Jayalah islam kan jaya

Kepalkanlah tinjumu..
Ayunkanlah kakimu...
Pekikkan takbir ALLAHu Akbar
Pekikkan takbir ALLAHu Akbar
ALLAHu Akbar..ALLAHu Akbar..ALLAHu Akbar!

Read more...

DI SUATU PETANG…

>> Saturday, November 15, 2008

Apabila masuk sahaja semester baru, jadualku mula berubah. Entah apa yang aku sibukkan, aku pun tak pasti. Mungkin juga aku ni buat-buat sibuk. Seperti hari Rabu yang sebelumnya, selepas sahaja aku menunaikan solat Asar, aku bergegas ke dewan baru di blok akademik untuk mengikuti kelas Ustaz Bakri.

Seperti biasa, kelas itu dihadiri oleh sahabat-sahabatku yang sudah pasti tidak mahu nama mereka tersingkir daripada mengikuti kelas tersebut. Aku mencari kelibat seseorang yang amat ku kagumi, namun tak ku temui. Aku bertekad untuk mencarinya sebaik sahaja sesi pembelajaran selesai. Kelas bermula tepat jam 5.30 petang.

“Marwan tak datang ke?” soalku kepada roomate sahabatku itu.

“Ntah, ana pun tak pasti”, ujar Amirul Ghani.

“Hmm… tak apalah, aku akan cari dia nanti”, aku bermonolog.

Sebaik sahaja kelas tamat, aku bergegas pulang ke bilik untuk menyimpan kitab. Untuk sampai ke bilikku, aku mesti melalui lorong bilik Marwan.

“Assalamu’alaikum.. aik, tak pi kelas ka?” soalku dalam loghat Kedah.

“Ana tak gi, dok di masjid tadi. Hujan lebat pulak tadi”, ujarnya.

“Enta dah makan belum?” soalku semula, sedangkan aku telah mengetahui jawapannya.

“Belum, tak rase nak makan..”

“Tak pa la, ana balik bilik simpan kitab sat”,

Aku kembali ke biliknya dengan membawa dua bungkus nasi lemak.

“Apa yang enta tulis tengah hari tadi?” soalku.

“Ana tengah siapkan satu artikel untuk dimasukkan dalam blog ana”, ujarnya

“Enta pernah dengar tentang ABC dan apa kaitannya dengan dakwah masa kini? Enta tahu tak macam mana orang dulu buat ABC dengan orang sekarang buat ABC?” soalnya.
Aku terkesima dengan soalan yang dilontarkan.

“Apa pulak mamat ni nak bagi tau dekat aku”, fikirku. Aku hanya menjadikan “tak” sebagai jawapan. Masakan tidak, aku memang tidak begitu menggemari ABC.

“Cuba enta fikir balik, orang dulu buat ABC simple je kan. Ada ais, kacang merah sikit, jagung sikit, ada gula merah dan susu. Tu la ABC dulu. ABC sekarang dah upgrade. ABC sekarang ada ais krim, ada jelly, ada nenas sikit. Cuba enta kaitkan dengan dakwah semasa.”
Allahu Akbar! Satu analogi yang cukup menarik. Aku terus mendengar tentang perkara tersebut.

“Kita masih mengekalkan manhaj yang sama. Manhaj tu kita ibaratkan seperti bahan-bahan asas untuk buat ABC. Manhaj kita tetap sama, Al-Quran dan Sunnah. Dan hadaf kita juga tetap satu, nak ajak orang kembali kepada Allah. Cumanya yang agak berlainan adalah uslub (metodologi). Seperti ABC tadi, dulu ABC hanya simple, tapi sekarang dah banyak aksesori. Macam tu juga dengan dakwah kita. Dakwah kita perlu bersifat waqi’ieyyah (semasa), perlu mempelbagaikan kaedah dakwah, barulah mesej yang nak kita sampaikan tu dapat diterima oleh semua manusia”, jelasnya.

Jauh di sudut hati, aku semakin kagum dengan figur ini. Aku pun tak mampu untuk menghasilkan sebuah analogi yang cukup menarik. Tiba-tiba aku teringatkan sebuah artikel yang pernah ditulis oleh Akh Dzulkhairi Mohd Noor, Bai’ah Nescafe.

“Ya Allah, berikanlah hidayah-Mu kepada kami, agar kami terus tegar di atas jalan-Mu yang suci ini. Ya Allah, kuatkanlah azam kami, tetapkanlah hati dan pendirian kami, agar kami tidak terpesong dari jalan-Mu yang lurus ini…” Amin

*semoga kisah benar ini mampu memberi faedah yg banyak kpd kita untuk lebih memahami hakikat dakwah.

Read more...

Gugur Di Jalan Dakwah

>> Monday, November 3, 2008


Gugur di jalan dakwah

Tidak seperti gugurnya dedaun dari pokok atau jatuhnya
sesuatu dari tempat tinggi, keguguran dijalan dakwah
adalah satu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindara
yang lima.

Sesaorang yang gugur dijalan dakwah tidak akan merasa
sakit atau menemui kesan lebam pada mana-mana bahagian
badannya, kerana ia adalah soal maknawi atau isu
berkaitan insan dengan tuhannya.

Penggabungan diri dengan dakwah bermula dengan
kesedaran sesaorang terhadap tanggunjawab yang harus
ia pikul bagi pihak Allah dan rasulnya, ia itu
tanggungjawab menegakkan kebenaran, menentang
kebatilan dan menyambungkan risalah dengan jenerasi
seterusnya.

Ia adalah amal yang berterusan dan memerlukan keazaman
ulul azmi dari kalangan rasul. Dari keazaman yang
kuat ini usaha diteruskan untuk mengumpul seberapa
banyak kekuatan samada dari segi bilangan atau juga
peralatan. Dan siaplah dirimu dengan kekuatan untuk
berdepan dengan mereka sedaya upaya kamu.

Da'i bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang
meletakkan agama Allah di hadapan dan sentiasa bersiap
siaga untuk berada dimana tuhan mahu ia berada
mengikut kepentingan dakwah. Diri dan hartanya wakaf
untuk agamanya. Mereka tidak memiliki diri mereka
lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjaul diri
mereka kepada Allah, harganya ialah syurga.

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin
diri mereka dan harta mereka dengan syurga…mereka
berjuang dijalan Allah lalu membunuh dan dibunuh, satu
janji yang pasti ditepati seperti tercatat dan Taurat,
Injil dan Quran.

Inilah cara bagaimana Allah menghidupkan sesaorang
dalam kehidupan yang barunya. Wahai orang-orang yang
beriman sahut seruan Allah dan rasulnya apabila ia
menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu.

Begitulah ketinggian seorang da'i waktu ia berada pada
kemuncak kesetiaan kepada Allah, Rasul dan agamanya.
Oleh itu berpuluh tempat di dalam Quran Allah
memperigatkan mereka tentang kesetiaan. Setialah
dengan baiah kamu disebut berulangkali tanpa jemu dan
puas.

Namun kesetiaan datangnya dari keimanan, keimanan
ditegakkan dengan keazaman dan keazaman datangnya dari
kesedaran. Apabila kesedaran telah lemah dan keazaman
mula luntur, maka kesetiaan juga akan terjejas. Begitu
bermula kisah keguguran.

Mungkin banyak pentafsiran-sebahagiannya
teknikal-disebalik fenomena keguguran tetapi yang
jelasnya ialah mereka telahmerungkai baiah, merombak
kesetiaan dan membatalkan jual beli yang mereka telah
meterainya dengan Allah. Kini diri mereka kembali
kepada mereka dan khidmat mereka adalah untuknya.

Akan dapat dilihat dengan jelas perbezaan atau jurang
cara hidup antara da'i yang mewakafkan hidup mereka
untuk Allah s.w.t dengan mereka yang membatalkan
jualbeli mereka dengan Allah dan memulakan hidup baru
diri mereka dan keturunan mereka dalam dunia yang
mereka sangkakan milik mereka.

Read more...

HUKUM MENYAMBUT DEEPAVALI

>> Sunday, October 26, 2008

Assalamu'alaikum..

Bahan ini ana ambil daripada blog ustaz nasarudin tantawi. Diharapkan mampu memberi 1 ilmu baru kpd kita. Dan beberapa bahan yang menarik untuk dikongsi tentang perkara yang sama di dalam http://one-g.blogspot.com
Sekian,
Ikhwan Hafiz

*************
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandang satu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita dibenarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]

penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".

(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

Read more...

SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG...!

>> Wednesday, October 22, 2008


Anak-anak itu bersih,
Ibarat kain putih,
Bimbinglah kami mengenal Allah,
Mengenal syurga dan neraka…

Begitulah sebahagian rangkap nasyid alunan kumpulan Aura. Nasyid ini memberi seribu satu makna dan bersangkutan dengan pembinaan generasi akan datang. Generasi yang akan datang merupakan generasi yang akan menempuh satu zaman yang lebih mencabar berbanding hari ini. Kerana itu, pembinaan fizikal, mental dan spiritual amat penting bagi memastikan Islam itu terus berada di persada dunia. Mursyidul Am Ikhwan yang kelima, Ustaz Mustafa Masyhur pernah berkata, “Tarbiyah itu bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah”

Namun, situasi hari ini seperti tidak menyokong perjalanan tarbiyah ini berlangsung. Ia dibuktikan apabila banyak program hiburan diadakan. Jika dahulu kita hanya mendengar program ini untuk mereka yang mempunyai kelulusan SPM dan berumur 21 tahun ke atas, namun hari ini program seperti ini dibuka untuk kanak-kanak yang masih belum mengenal erti kehidupan yang penuh pancaroba. Siapa yang akan bertanggungjawab dengan penglibatan anak-anak kecil dalam program hiburan ini? Sebuah Hadis Rasulullah S.A.W pernah bersabda, mafhumnya;

“Setiap anak-anak itu dilahirkan dalam keadan fitrah (suci), maka ibu bapanyalah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…”

Hadis ini terdapat dalam Sohih Muslim. Benar apa yang Rsulullah telah sabdakan kepada kita. Pada hari ini, jika ibu bapa yang tidak mendorong atau mengajar anak-anak berkenaan sesuatu, mereka tidak terdorong untuk melakukan hal tersebut. Jika dahulu, anak-anak dididik untuk menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka dengan tidak mengenepikan agama sebagai panduan, tetapi hari ini berlaku sebaliknya.

Jika ibu bapa menjadi pendokong utama untuk membentuk anak-anak menjadi seperti ini, maka sudah tentu ada penyokongnya. Pada hari ini, artis-artis ‘lahir’ bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka dipuja dan diberi penghormatan. Dan anak-anak hari ini turut terkesan dengan fenomena yang tidak sihat ini. Sebut sahaja siapa artis di Malaysia ini yang tidak mempunyai peminat di kalangan anak-anak kecil. Tetapi jika ditanya siapa juara Akademi Al-Quran musim ketiga misalnya, hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Bukan sahaja di kalangan anak-anak, bahkan ibu bapa juga ada yang tidak mengenalinya. Mereka yang cuba mengangkat kesenian Islam tidak ditonjolkan, tetapi mereka yang cuba membawa identiti dan pengaruh barat inilah yang diberikan tempat. Sebuah hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya;

“Apabila ummatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu: apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturut kehendak isteri, anak derhaka terhadap ibunya, sedangkan ia baik dengan kawannya, ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya, suara sudah ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, khamar (arak) sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki), para artis disanjung, muzik banyak dimainkan, generasi akhir uammat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hrndaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”
(H.R Tirmizi)

Rasulullah telah memberi ancaman kepada kita jika artis dan muzik terlalu banyak dan disanjung-sanjung, maka azab Allah akan menimpa.

Jika kita meneliti rancangan-rancangan di televisyen, banyak rancangan hiburan untuk anak-anak kecil. Yang terbaru di bawah seliaan sebuah stesen televisyen swasta, ‘Idola Kecil’. Nah! Bukankah ini jalan untuk menjadikan mereka lupa kepada ancaman yang disebutkan dalam hadis di atas? Justeru, program tarbiyah perlu diperhebat dari akar umbi untuk melahirkan generasi tarbawi yang mampu memimpin negara dan dunia menurut acuan Islam. Bukannya generasi yang lalai dengan hiburan yang melampau.

Maka, menjadi tanggungjawab para du’at sekelian untuk menyedarkan masyarakat sekarang yang hanyut dengan arus yang dicipta oleh puak kuffar yang bertujuan memisahkan Islam dari kehidupan. Ayuh, wahai pencinta agama! Kita selamatkan generasi akan datang..!

Read more...

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP