I made this widget at MyFlashFetish.com.

10 MALAM TERAKHIR; ANTARA LAILATUL QADRI AN AIDILFITRI

>> Saturday, September 20, 2008

Salam Ikhwan…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi dan infiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Ta’ala, yang masih memberi ruang dan kesempatan kepada kita untuk hidup dalam nikmat Iman dan Islam, seterusnya memberi kita kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah…!
Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W , ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda, serta para pengikut Baginda sehingga hari Kiamat.
Ikhwah yang dirahmati Allah,
Sedar ataupun tidak, pada hari ini kita telah masuk ke pusingan ketiga dalam bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan al-Mubarak. Jika kita ibaratkn seperti sebuah perlawanan bola sepak, kita telah melepasi dua separuh masa; separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Dan sekarang ini kita berada dalam masa kecederaan. Dan seharusnya bagi seorang pemain meginginkan kemenangan bagi pasukannya. Ternyata sekiranya belum ada sebarang gol yang mampu dijaringkan oleh kedua-dua pasukan, maka masa kecedaraan inilah merupakan masa yang paling berharga dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi merebut sebuah piala yang diiidamkan.
Begitu juga halnya dengan umat Islam. Fasa pertama yang disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai fasa rahmat, dan fasa kedua yang disifatkan sebagai fasa keampunan telah berlalu. Maka apabila kita memasuki fasa yang ketiga, iaitu yang disifatkan sebagai pelaepasan daripada api neraka, seharusnya kita perlu melipat gandakan usaha bagi merebut ‘piala Taqwa’. Di dalam fasa ini juga sebilangan ulama’ berpendapat bahawa akan berlakunya satu peristiwa yang dinamakan malam al-Qadr (Lailatul Qadri). Peluang yang dihidangkan Allah ini bukanlah satu peluang yang boleh dipandang enteng, kerana ianya peluang keemasan yang hanya mampu dimiliki oleh umat Muhammad S.A.W.
Firman Allah dalam surah AL-Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamilah yang menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr. Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam tersebut turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.”
Di dalam ayat di atas jelas dinyatakan oleh Allah bahawa malam Al-Qadr ini lebih berharga dan lebih baik daripada seribu bulan. Jika kita menghitung semula, seribu bulan ini bersama dengan 83 tahun. Jelas dengan melakukan ibadat pada satu malam, fadhilatnya menyamai dengan tidak kurang dari 83 tahun. Bukankah itu satu peluang yang mampu membuatkan kita mendapat redha dan cinta ALLAH..?
Ikhwah yang dirahmati Allah,
Rasulullah S.A.W merupakan utusan Allah dan hamba Allah yang paling taat di atas muka bumi ini. Diriwayatkan, ketika memasuki 10 malam yang terakhir dari Ramadhan, Rasulullah akan melipat gandakan amalan Baginda. Baginda juga lebih banyak beri’tikaf di masjid. Ini anatara amalan dan sunnah yang perlu diikuti bagi mendapatkan malam Al-Qadr. Seharusnya kita perlu menjadikan Ramadhan ini sebagai satu bulan yang mampu menjana semula kekuatan bagi mengharungi sebelas bulan yang mendatang. Jika kita meniliti kisah perjalanan hidup para ulama’ salafus soleh, mereka juga melipat gandakan amalan dan ibadat mereka pada bulan Ramadhan, terutamanya pada sepuluh malam yang terakhir. Mereka menjadikan Ramadhan yang mereka lalui seolah-olah itulah Ramadhan terakhir dalam kehidupan mereka.
Akan tetapi, amat berbeza dengan situasi masyarakat sekarang. Apabila masuk sahaja 10 Ramadhan yang terakhir, maka lagu hari raya lebih banyak dimainkan daripada Al-Quran. Di saat itu juga, berbondong-bondong manusia ke pasaraya atau ke kedai-kedai untuk membeli persiapan hari raya. Di saat itu jugalah pihak pengurusan pasaraya galak menawarkan harga runtuh bagi para pembeli. Potongan harga sehingga 50% ternyata memberi kesan yang besar kepada institusi masjid. Apatah lagi dengan kaum hawa yang sibuk menyediakan juadah hari raya. Justeru, bagaimana keadaannya dengan malam-malam terakhir Ramadhan yang dilalui? Adakah perkataan Lailatul Qadri itu hanya sekadar meniti di bibir atau turut disertakan dengan amalan?
Penulis tidak menyatakan bahawa perkara ini tidak dibenarkan di sisi syarak. Akan tetapi, keutamaan yang sepatutnya diberikan kepada menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan telah di salah gunakan oleh sesetengah pihak.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnah aku, maka dia mencintai aku. Dan siapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku d dalam syurga kelak.”
Ayuh ikhwah sekalian, gunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk menjana semula kekuatan bagi mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba. Penulis ingin mengungkapkan semula kata-kata guru penulis di saat penulis masih menuntut di MMAS dahulu, “Berusahalah untuk merasakan diri sebagai hamba Allah, bukan hanya sekadar tahu diri itu adalah hamba, kerana amat berbeza seorang yang tahu bahawa dia adalah hamba dengan seorang yang merasakan dia adalah hamba…”.
Sebagai penutup, penulis ingin mengajak ikhwah sekalian merenung sebuah kisah. Ketika Rasulullah ingin menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah, Jibri A.S mendatangi Rasulullah. Pada langkahan pertama Rasulullah mengatakan amin. Begitu juga pada langkahan kedua dan ketiga. Maka para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah berkata, “ketika aku melankah pada tangga pertama, Jibril berkata; celakalah bagi siapa yang disebutkan padanya namamu tetapi dia tidak berselawat kepadamu. Aku menjawab amin. Pada tangga yang kedua Jibril berkata lagi; celakalah bagi siapa yang masih mempunyai kedua orang tua tetapi tidak mampu memasukkannya ke dalam syurga. Aku menjawab amin. Pada tangga yang ketiga, Jibril berkata lagi; celakalah bagi siapa yang baru melepasi bulan Ramadhan tetapi dirinya tidak diampun Allah. Aku menjabawab dengan jawapan yang sama, amin.”
Renungkan…
Ditulis oleh Ikhwan Hafiz…

0 comments:

Post a Comment

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP