I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN PEDOMAN TRANSFORMASI UMMAH

>> Friday, August 27, 2010

*Sumber : Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia pada hari ini adalah hasil kerjasama menyeluruh dan kesepakatan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dalam melaksanakan dasar ekonomi dan kewangan di samping kestabilan iklim politik serta keyakinan pelaburan asing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini sejajar dengan tuntutan al-Quran yang sentiasa mengajar umatnya supaya mendahulukan berbuat baik dan mengutamakan semangat perpaduan serta merukuni semangat silaturahim antara semua kaum dan agama.

“Resipi kekuatan ini harus dikekalkan demi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan negara,” katanya dalam perutusan Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini.
Beliau berkata, menurut kaji selidik majalah Newsweek, Malaysia mencapai kedudukan ke-37 dalam senarai terbaik dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan kepada rakyat tempat untuk hidup lebih selesa, sihat, selamat, sejahtera dan maju.

“Ini adalah satu lagi pengiktirafan terhadap pelan strategik transformasi kerajaan dalam merencanakan pembangunan yang berimpak bagi menuju status negara Islam progresif dan maju menjelang 2020.

“Ini juga adalah hadiah hari jadi kepada negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos ini,” katanya.

Najib juga menggesa umat Islam di negara ini menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup bagi meningkatkan ketakwaan masing-masing dalam mencapai keredhaan Allah SWT.
“Kitab suci al-Quran adalah sumber ilmu dan ketamadunan yang unggul dalam membina kekuatan dan mentransformasi umat sebagai ‘Khaira Ummah’ iaitu satu ummah yang hidup bersatu padu dalam rahmat 1Malaysia. Al-Quran ini mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam segenap aspek kehidupan manusia keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, kitab al-Quran seharusnya dilihat sebagai kitab ‘induk’ panduan pelbagai ilmu pengetahuan, mempelajari asas kreativiti dan inovasi serta memahirkan penggunaan teknologi terkini bagi melahirkan umat yang dinamik dan cemerlang. – Bernama

P/s: Pening!!! Moga Allah turunkan taufiq dan hidayah

2 comments:

Anonymous,  October 15, 2010 at 8:22 PM  

dalam minda anda hanya ada satu perkara iaitu 'apa yang kerajaan buat semuanya salah' dek kerana dorongan politik...

x guna berilmu agama tinggi ke langit tapi x mampu berfikiran rasional.

saya kata begitu berdasarkan pengamatan saya terhadap pemikiran anda sebelum ini.

Karisma memang mampu memacu kebangkitan ummah, tetapi 'karisma sahaja' tidak mampu menjamin kecemerlangan ummah. Jangan dianggap pandai bercakap sudah dikira hebat. itu tidak memadai.

Fakhrur Ridzwan April 4, 2011 at 9:07 AM  

saya tidak menghukum kerajaan... siapa2 pun boleh jadi kerajaan. tp saya menolak umno--bn disebabkan keengganan mereka memperjuangkan Islam secara serius. Islam pada mereka hanya satu sandaran politik.

Post a Comment

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP