I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Fikrah Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Fikrah Pemuda. Show all posts

SALAM MA'AL HIJRAH

>> Thursday, December 9, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1431 hijriah melabuhkan tirainya, digantikan pula dengan 1432 hijriah. Saban hari umur manusia semakin tua dan semakin menghampiri penghujungnya. Ada di kalangan kita yang dijemput menemui Rabbnya di kala usia yang masih muda, ada pula ketika usianya mencecah waktu senja. Namun itu bukanlah persoalan yang utama. Sebaliknya, sejauh mana pula persediaan kita untuk menghadapi kematian.

Merenung sejenak sirah perjuangan hidup Baginda Rasulullah s.a.w. Hijrah merupakan episod baru dalam sejarah hidup umat Islam. Penghijrahan Rasulullah s.a.w bersama Saiyidina Abu Bakr as-Siddiq ke Madinah telah member impak yang positif terhadap perkembangan umat Islam. Pengorbanan yang dilakukan Baginda dengan meninggalkan tanah air semata-mata demi kepentingan Islam tiada nilai bandingan. Bayangkanlah di saat kehidupan umat Islam yang penuh dengan liku dan cabaran, mereka dengan sifat amanah dan taqwa kepada Allah menyahut seruan hijrah dengan terpaksa meninggalkan harta, ternakan, anak dan isteri. Rasulullah s.a.w sendiri diburu pada malam penghijrahan Baginda, namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Saiyiduna Ali menjalankan tugas dengan cemerlang tanpa timbul rasa gentar walaupun usianya ketika itu hanya belasan tahun. Asma’ binti Abu Bakr dan saudara kandungnya Abdullah, dengan jiwa yang penuh cekal dan tabah telah menyumbang khidmat dalam menjayakan misi hijrah Nabi s.a.w.

Beberapa istifadah yang boleh dihayati hasil daripada peristiwa hijrah.

1. Ulama’ telah menggariskan bahawa hijrah yang berlaku selepas pembukaan kota Mekah hanya hijrah dari satu keadaan yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik. Untuk melakukan penghijrahan, bukanlah satu perkara yang mudah. Kita merenung kembali falsafah pengorbanan. Untuk berkorban memerlukan satu nilai kesabaran yang tinggi supaya hijrah yang dilakukan itu bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

2. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 2, mafhumnya;

“…dan bantulah sesama kamu di dalam perkara yang menjurus kepada kebaikan dan ketaqwaan, janganlah kamu saling bertolongan di dalam perkara yang boleh menambahkan dosa dan permusuhan…”

Satu pengajaran daripada kisah hijrah dan ayat ini. Manusia tidak akan mampu sama sekali melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan dengan seorang diri. Kerana itulah manusia diibaratkan seperti sebuah bangunan yang saling melengkapi. Secara logiknya dari sudut akal manusia biasa, misi hijrah tidak akan berjaya tanpa adanya watak-watak yang membantu dalam usaha menjayakan misi hijrah.

3. Asas di dalam melakukan setiap perkara dengan meletakkan diri kita di posisi hamba kepada Pencipta. Seorang hamba tidak akan berpaling dari berharap kepada Tuhannya sehingga pengharapan itu dibalas dengan satu ganjaran yang lumayan. Sikap raja’ dan tawakkal kepada Allah perlu diimplemantasikan dalam kehidupan supaya setiap perlakuan kita itu dikira sebagai ibadah di sisi Allah.

Umat Islam amat dituntut untuk menghayati falsafah yang terkandung di dalam peristiwa hijrah, apatah lagi kondisi sebagai seorang huffaz. Seorang huffaz perlu memiliki semangat juang yang tinggi untuk melangkah melakukan perubahan kerana huffaz hari ini merupakan nadi kepada masyrakat. Seandainya sebelum ini akhlak kita tidak bertepatan dengan akhlak al-Quran, maka berhijrahlah ke arah yang lebih baik. Berhijrahlah ke arah kesempurnaan dengan kita kuburkan segala keburukan yang lalu tanpa perlu menoleh semula dengan rasa belas dan ihsan kerana ia hanyalah hampas yang tidak pernah memberikan sebarang faedah dan kebaikan.

Saiyiduna Ali pernah merintih di hadapan Tuhannya, di saat manusia sedang enak dibuai mimpi pada malam hari. Beliau berkata, “Ah, sedikitnya bekalanku sedangkan perjalananku masih jauh”. Seorang khalifah yang tergolong dalam kelompok kibarus-sohabah, seluruh dunia Islam mahupun bukan Islam mengenali siapa Saiyiduna Ali dan beliau juga sahabat yang dijamin syurga tanpa hisab melahirkan rasa kekerdilan dan kekurangan kita di hadapan Maha Pencipta, bagaimana pula nilaian tahap keimanan kita? Sudah pasti tidak terbanding!

Salam Ma’al Hijrah

*Tulisan ini merupakan Kalam YDP PERKEMAT 09/10 sempena sambutan Ma'al Hijrah pada tahun lalu. Saya telah mengolah sedikit dan dipaparkan untuk perkongsian bersama pembaca.

Read more...

PERKEMAT DQ MEMBANTAH KONSERT ADAM LAMBERT

>> Wednesday, October 13, 2010



KUALA KUBU BHARU, 12 Okt: Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert artis antarabangsa kontroversi, Adam Lambert. Konsert itu dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menurut jurucakap PERKEMAT DQ merangkap Yang Dipertua, Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman, konset itu tidak wajar diadakan di sebuah negara umat Islam yang dijadikan contoh oleh negara luar. Menurut beliau, konsert ini tidak membantu negara melahirkan lebih ramai modal insan seperti yang dicita-citakan pihak kerajaan.

“Pihak kerajaan sepatutnya mengambil kira nilai sensitiviti umat Islam di negara ini. Agak menghairankan apabila kerajaan Malaysia meluluskan kemasukan penyanyi luar yang tidak bermoral seperti ini sedangkan pihak kerajaan dalam satu kenyataan melalui Timbalan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri merupakan kerajaan modal insan.”

“Persoalannya, adakah dengan meluluskan kemasukan penyanyi barat seperti Adam Lambert ini menunjukkan seriusnya kerajaan dalam melahirkan modal insan di negara ini? Dengan lulusnya konsert tersebut, negara bakal berdepan krisis gejala sosial yang semakin meruncing kerana para remaja dan belia di negara ini akan menjadikan penyanyi ini sebagai ikon untuk dicontohi”, ujar beliau.

Sementara itu, menurut Naib Yang Dipertua, Nur Afifah ketika ditanya memberitahu, sesebuah kerajaan sepatutnya berperanan sebagai pelindung rakyat. Bukan sekadar melindungi keselamatan fizikal bahkan kerajaan sepatutnya mengambil jalan memelihara kesihatan mental dan rohani masyarakat.

“Konsert ini jika dilihat hanya menyokong budaya hedonisme untuk terus subur di bumi Malaysia. Malaysia bakal berdepan krisis untuk melahirkan pemimpin pelapis negara jika budaya ini terus disuburkan dan tidak mengambil usaha untuk mencegahnya dari peringkat akar umbi.”

Adam Lambert dikenali sebagai seorang artis kontroversi dengan pengakuannya sebagai seorang homoseks. Di samping itu, persembahan yang pernah dilakukannya juga dilihat sebagai melanggar nilai etika dan adat ketimuran di negara ini. Penganjuran konsert ini mendapat bantahan daripada banyak pihak termasuk golongan mahasiswa.

Read more...

SEKOLAH HARAPAN; PANDANGAN SAYA

>> Sunday, October 10, 2010

Pelbagai reaksi yang timbul dari kalangan masyarakat berhubung penubuhan Sekolah Harapan. Sebelumnya sibuk diperkatakan mengenai Baby Hatch. Ada yang mengeluarkan reaksi positif, tidak kurang juga yang hebat mengkritik. Semuanya mempunyai hujah yang tersendiri mengapa mereka berpandangan sedemikian. Bermula dari kalangan mereka yang melepak di warung-warung kopi di hujung kampung hinggalah mereka yang bertali leher dan menguruskan sesebuah syarikat atau organisasi. Sama ada pengikut mahupun pemimpin parti politik, semuanya mempunyai pandangan tersendiri.

Saya juga seperti rakyat Malaysia yang lain, mempunyai pandangan tersendiri. Isu ini terus dimainkan sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Pada hemat saya, kita perlu meneliti permasalahan sebenar. Respon positif mungkin mengatakan sekolah ini mampu memberikan sinar harapan kepada anak gadis yang telah terlanjur. Selain itu ia juga memberikan perlindungan kepada si ibu dan si anak dari menerima kata-kata nista daripada masyarakat. Jika dilihat respon negatif daripada masyarakat, ada yang berpandangan dengan wujudnya sekolah ini akan menjadikan kadar gejala sosial serta pergaulan bebas yang membawa kepada seks ini akan meningkat. Justeru ada yang mencadangkan bahawa mereka yang membuang bayi ini dikenakan hukuman mati. Manakala yang melakukan seks bebas ini dikenakan hukuman yang setimpal. Daripada respon positif dan negatif, saya menyifatkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi cakna dengan masalah yang berlaku pada hari ini.

Sedutan Dari Sinar Harian

Saya meniliti ruangan Laporan Khas, N14 Sinar Harian bertarikh 10 Oktober 2010. Antara yang dipaparkan dalam laporan ini membuatkan saya terfikir. Saya hanyalah insan kerdil yang ingin memberikan sumbangan dalam membangunkan institusi masyarakat yang sakinah, walaupun dengan hanya pandangan yang biasa.

Menurut Ketua Menteri Melaka, cadangan tersebut mendapat sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi mesyuarat jawatankuasanya, selain beberapa badan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri tersebut.

“Saya mencadangkan perkara ini bukan secara suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini.”

“Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat, sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah Kerajaan Negeri mencadangkan perkara ini.”

“Jika dilaksanakan kelak, sekolah ini dapat membantu golongan gadis terbabit sepanjang tempoh mereka mengandung, selain mengelakkan timbul prasangka negative masyarakat terhadap mereka,” katanya.

Statistik

Mengikut statistik, kes rogol yang berlaku di negeri Melaka sepanjang tahun lalu adalah 112 kes, sementara tempoh antara Januari hingga Jun 2010 mencatatkan sebanyak 40 kes. Menurut Ketua Menteri Melaka lagi, jumlah kes pembuangan bayi di negeri tersebut direkodkan satu kes sepanjang tahun lalu dan tiga kes sehingga Jun tahun ini.

Di Melaka sahaja, seramai 3119 anak tidak sah taraf direkodkan sejak 2007 hingga 2009 dengan 1753 daripadanya adalah dari kalangan bangsa Melayu. Sementara bangsa Cina sebanyak 385 kes, India 501 kes dan lain-lain bangsa sebanyak 480 kes.

Melalui penjelasan Kerajaan Negeri melalui perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, seramai 214033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan bermula 2005 hingga 2009 di seluruh negara. Amat membimbagkan apabila 74723 kes daripada jumlah itu membabitkan bangsa Melayu dan pada 2009, jumlah kelahiran anak luar nikah dicatatkan seramai 17303, juga membabitkan bangsa Melayu.

Ini yang direkodkan. Bagaiman yang tidak direkodkan?

Pandangan Saya

Secara jujurnya saya tidak menolak secara total usaha untuk member perlindungan kepada anak gadis yang melahirkan anak yang tidak sah taraf ini. Tetapi pada hemat saya, hal ini tidak mampu mendatangkan penyelesaian secara holistik apatah lagi mengurangkan jenayah seks bebas di negara ini.

Umumnya mengetahui cadangan daripada Ketua Pemuda PAS yang mengusulkan supaya remaja ini dibenarkan berkahwin dalam konsep nikah khitbah. Pada saya ini salah satu cara yang terbaik untuk membendung gejala seks bebas dan buang bayi dari terus berleluasa. Akan tetapi masyarakat kita pada hari ini belum terdedah dengan jelas mengenai konsep nikah khitbah yang dicadangkan itu. Saya amat bersetuju sekiranya Kerajaan Malaysia di bawah kepemimpinan YAB Perdana Menteri menyambut baik cadangan yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat itu. Ini menunjukkan dasar keterbukaan Kerajaan Malaysia menerima pandangan daripada pelbagai pihak dalam usaha mengurangkan kadar gejala buang bayi dan seks bebas yang semakin berleluasa.

Selain itu, saya merasakan bahawa tidak cukup dengan hanya menubuhkan Sekolah Harapan sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Sebabnya adalah, perkara ini hanya mendatangkan keinsafan kepada mereka yang telah terlanjur. Tetapi ramai lagi remaja yang berada di luar tidak mengendahkan akan bahaya yang menanti melalui pergaulan bebas. Usaha membanteras perkara yang tidak bermoral ini sepatutnya dimainkan oleh semua pihak tanpa mengira sentiment politik mahupun bangsa, lebih-lebih lagi pihak kerajaan.

Saya mengira seandainya pihak Kerajaan Pusat hari ini ingin menangani gejala ini secara serius, satu usaha yang holistik perlu dilaksanakan, bukan hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Usaha isteri Perdana Menteri untuk terus memajukan Sekolah Harapan ini sebenarnya belum memadai. Ia bukan mengurangkan masalah tetapi menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

Jalan penyelesaian yang terbaik adalah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan pentadbiran. Al-Quran bukan hanya sekadar di baca di majlis-majlis tertentu, bukan juga untuk digantung di dinding sebagai perhiasan, akan tetapi sebagai sumber rujukan utama. Seandainya kerajaan yang wujud pada hari ini mengambil langkah seperti ini, saya mengira Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih maju daripada hari ini.

Selain itu, dasar pendidikan negara juga perlu digubal supaya proses pendidikan yang berlaku saban hari benar-benar mendidik manusia serta memanusiakan manusia. Bukan hanya mengejar segulung sijil yang apabila dibakar atau dibasahkan sudah tidak laku. Dasar pendidikan yang wujud pada hari ini belum cukup untuk melahirkan modal insan.
Ada yang berpandangan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Soalnya, anak-anak apabila melangkah keluar dari rumah akan mengalami kejutan budaya disebabkan cabaran yang menanti mereka di luar. Maka tidak cukup dengan penguat kuasaan undang-undang di rumah, negara juga perlu mewujudkan satu bentuk undang-undang yang bertujuan mengahalang gejala sosial terus berlaku. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Saya amat percaya seandainya rang undang-undang yang bertujuan mencegah gejala sosial terus berleluasa ini dikuat kuasakan, suasana kehidupan di negara ini akan lebih kondusif. Undang-undang yang saya maksudkan adalah menutup aurat, menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya seperti yang digariskan Islam seperti yang wujud pada era Negara Islam Madinah.

Masjid-masjid semestinya menghidupkan kuliah serta pengajian Islam setiap hari. Saya mengakui bahawa ia sememangnya wujud, tetapi jika yang dikupas hanya mengenai persoalan fiqh solat, puasa, zakat dan haji, bagaimana kita hendak melihat gejala sosial ini boleh dibanteras? Seharusnya Jabatan Agama Islam ataupun Majlis Agama Islam setiap negeri mewajibkan agar setiap masjid membincangkan serta mengupas tentang muamalah Islam, fiqh jinayah supaya apabila undang-undang Islam ingin dilaksanakan tidak menjadi satu masalah dalam kehidupan masyarakat.

Bukan sekadar masjid-masjid, stesen-stesen penyiaran juga perlu melakukan perkara yang sama. Rancangan “Tanyalah Ustaz”, “Al-Kuliyyah”, “Forum Perdana Hal Ehwal Islam”, “Halaqah” sepatutnya membincangkan perkara yang lebih bersifat semasa dan perlu. Masyarakat hari ini belum lagi memahami apa itu undang-undang Islam, apa kelebihannya sekiranya ia dilaksanakan, apa keburukan yang menimpa jika ia diabaikan. Maka seharusnya perkara seperti ini perlu didedahkan untuk mengurangkan gejala sosial ini. bukan sekadar itu, pihak kerajaan melalui Menteri Penerangan juga perlu menyekat semua rancanga yang mendorong gejala seperti ini terus berlaku, menyiarkan rancangan-rancanga yang lebih mendatangkan faedah dan bukan rancangan sia-sia.

Saya merasakan dengan mengambil jalan Islam sebagai langkah penyelesaian dapat membantu menagani gejala ini dari terus berleluasa. Seandainya kerajaan hari ini tidak meyakini dan tidak bersedia untuk melaksanakan apa yang dianjurkan Islam, rakyat Malaysia seharusnya memberi peluang kepada pihak yang ingin membuktikan bahawa Islam adalah penyelamat ummah, Islam adalah penyelesai kepada semua masalah yang berlaku.

Yakinlah, mulianya manusia hanya dengan Islam!

Sekian

Ikhwan Hafiz
KL Central

Read more...

PERUTUSAN AIDILFITRI 1431

>> Friday, September 10, 2010



Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
WaliLlahi al-hamd

Firman Allah s.w.t:

“…Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur.” Al-Baqarah ; 185

Ramadhan telah pergi meninggalkan umat Islam. Syawal yang tiba membawa seribu satu makna dengan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Umat Islam saban tahun akan bergembira dengan kehadiran Syawal yang disama ertikan dengan hari kemenangan umat Islam. Persoalan yang harus kita timbulkan di dalam benak fikiran kita, adakah kita telah mencapai kemenangan? Adakah kita layak untuk bergraduasi setelah melalui fasa pengajian di dalam bualan Ramadhan?

Terkenang sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. Satu ketika, Baginda s.a.w menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah. Pada langkahan yang pertama Rasulullah s.a.w berkata amin. Diikuti langkahan kedua dan ketiga. Para sahabat kehairanan dengan perbuatan Baginda Rasul, lantas bertanya kepada Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku didatangi Jibril a.s. Jibril berkata, rugilah bagi mereka yang disebutkan namamu tetapi mereka tidak berselawat ke atasmu. Katakanlah amin. Maka aku berkata amin. Pada langkahan kedua Jibril berkata, rugilah bagi mereka yang masih memiliki kedua orang tuanya tetapi tidak mampu memasukkannya ke dalam syurga. Katakanlah amin. Maka aku berkata amin. Pada langkahan ketiga Jibril berkata, rugilah bagi sesiapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah. Katakana min. aku berkata amin.”

Adakah Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita telah menjadi madrasah yang terbaik untuk kita bergelar seorang hamba Allah? Bagaimana dengan perasaan kita sewaktu ditinggalkan Ramadhan? Para sahabat ridhwanuLlahi ‘alaihim ajma’in telah menunjukkan satu contoh terbaik. Mereka embira dengan kedatangan Ramadhan dan tidak sanggup untuk berpisah dengannya. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, seandainya umat aku mengetahui apa yang ada di dalam Ramadhan, nescaya mereka akan menginginkan Ramadhan sepanjang tahun.

Tarbiyyah Ramadhan yang baru sahaja dilalui akan bukan sekadar untuk melepaskan tanggungjawab berpuasa di dalamnya. Bahkan manifestasi puasa itu sendiri adalah untuk menghasilkan taqwa kepada Allah s.w.t. Inilah kurniaan terbesar yang tidak ada nilai yang standing dengannya. Hanya dengan darjat taqwa kita akan diredhai Allah. Hanya dengan darjat taqwa akan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bersyukur. Hanya dengan darjat taqwa akan menyebabkan kita memperoleh rahmat dan keampunan Allah serta mendapat kebebasan daripada azab siksa neraka.

Setelah dijanjikan Allah dengan keampunan di bulan Ramadhan, seperkara yang perlu kita ingat bahawa kita belum lagi melepasi syarat taubat. Kerana itu Islam menganjurkan kepada umatnya untuk saling bermaafan. Bermaafan bukan hanya di pagi Syawal, bahkan sepanjang tahun.

Kelaziman yang berlaku di dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, kita akan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan pada awal Ramadhan. Masjid-masjid juga turut dipenuhi dengan umat Islam. Namun di akhir Ramadhan, realiti yang berlaku tidaklah seperti pada awalnya. Masjid dan surau semakin menyepi, amalan bersedekah semakin diajuhi, Al-Quran hanya dibaca pada majlis-majlis tertentu, solat sunnah apatah lagi. Beringatlah! Seandainya kita menyembah Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu hanya makhluk dan akan pergi. Sebaliknya sembahlah Allah, kerana Allah yang akan kekal abadi, tidak akan mati. Kekalkan momentum tarbiyyah yang telah diperoleh dari bulan Ramadhan. Jadikan sepanjang tahun kita sebagai Ramadhan kerana jiwa mukmin sentiasa merindui kekasihnya, Ramadhan.

Ayuh kita kembalikan keizzahan umat Islam. semangat Badar al-Kubra tidak pernah menyepi dri hidup seorang huffaz yang bercita-cita untuk mendaulatkan semula Kalimah Allah. Roh fathu Makkah tidak akan pernah lenyap dari diri seorang huffaz yang bercita-cita menyaksikan dunia ini bernaung semula di bawah lembayung Islam. Semangat Ghazwatul Ahzab dan Hunain akan terus bersemarak untuk menyaksikan terhapusnya kebatilan, tertegaknya kebenaran.

Akhir kalam, seluruh ahli jawatankuasa barisan kepemimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) sesi 2009/2010 mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh pensyarah, ahli-ahli PERKEMAT DQ dan sekalian warga Darul Quran JAKIM. Kembalilah kepada fitrah kehidupan. Itulah kemenangan yang tiada nilai tandingnya. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, berlandaskan syara’ yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

Salam ‘Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

“MEMACU PERUBAHAN”

“KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI AL-QURAN YANG UNIK”


MUHAMMAD FAKHRUR RIDZWAN BIN OTHMAN
Yang Dipertua
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tajfiz Darul Quran
(PERKEMAT DQ) sesi 2009/2010

Read more...

ISLAM ITU PERTAMA DAN UTAMA

>> Thursday, July 22, 2010

http://ikhwan-alfathoni.blogspot.com/2008/09/islam-way-of-life.html

Ini adalah hasil tulisan keempat saya untuk laman ini. Jom kita ambil manfaat yang terkandung (sekiranya ada) hasil dari perkongsian yang serba ringkas ini.

"Mulianya Manusia Kerana Islam"

"Membangun Bersama Islam"

Sekian

Read more...

YANG HARAM TETAP HARAM

>> Saturday, May 8, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Maidah:

90. “Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkorban untuk) berhala, dan mengubah nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.”

91. “Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu berhenti?”

92. “Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul serta berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan amanat dengan jelas.”


Allah telah jelas menyatakan bagi mereka yang hanya mahu beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w bahawasanya Al-Quran ini tidak ada syak padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Dalam surah Al-Maidah ayat 90-92, Allah secara jelas telah mengharamkan arak, perjudian, korban buat berhala dan menilik nasib. Allah menjelaskan bahawasanya perkara ini keji di sisi Islam.

Kecoh seketika isu judi. Ada menteri yang pernah disebut-sebut sebagai calon MB di sebuah negeri ketika PRU ke-12 yang lalu telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu.

Merujuk laman detikdaily.net, alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini.

Kenyataan yang ini dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein. Hairan dengan kenyataan seperti ini. Di dalam satu SIRI LAWATAN (baca : kempen) Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ke kampus Darul Quran yang terletak di Hulu Selangor, beliau telah menyatakan kepada sidang pendengar bahawasanya barisan kabinet yang diterajui oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak adalah barisan kabinet contoh yang berteraskan modal insan. Persoalannya, bagaimana kabinet contoh ini mampu bersikap biadab dengan hukum Allah s.w.t? Para menteri bukanlah ma’sum (baca : terpelihara daripada dosa) sehingga boleh mengubah apa yang telah digariskan oleh Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya.

Merujuk kepada apa yang telah diperkatakan oleh TPM dalam siri lawatan beliau ke kampus Darul Quran ketika musim Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor yang lalu, kerajaan begitu serius dalam memartabatkan soal dan nilai-nilai agama Islam. Kerajaan juga begitu menitik beratkan soal pendidikan agama Islam di negara ini. Bagaimanakah sebuah kerajaan yang mendakwa terlalu menitik beratkan soal dan nilai-nilai keislaman di negara ini mampu mempertimbang lesen perjudian? Bukankah dalam terjemahan ayat di atas jelas menyatakan hukum sebenar judi?

Mari kita merenung semula apa yang telah disebut di dalam Al-Quran. Di dalam ayat 90, Allah telah jelas menyatakan bahawasanya judi itu antara perbuatan yang dikeji dan perbutan syaitan. Allah juga telah menegaskan sekiranya ingin kejayaan, maka jauhilah perbuatan mungkar tersebut.

Di dalam ayat 91, Allah telah menyatakan bahawasanya judi dan arak itu tidak lain hanyalah pencetus kepada permusuhan dan perpecahan di kalangan umat manusia. Dan di dalam ayat 92, Allah telah menyatakan bahawa tugas Rasul itu hanya menyampaikan dengan jelas.

Apa yang ingin diperhatikan secara serius, pada ayat 92, Allah telah menyatakan bahawasanya tugas rasul itu hanyalah penyampai amanat secara jelas daripada Allah. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawasanya ulama’ itu peawris anbiya’. Apa yang perlu kita perhatikan secra serius, Al-Quran dan Hadith telah pun menyatakan secara jelas hukum serta peranan yang perlu dimainkan. Akibat yang bakal diperoleh sekiranya kita tidak mengambil berat apa yang telah disebut oleh Allah dan Rasul-Nya, maka azab Allah akan menimpa manusia. Bukan sahaja mereka yang memberikan lesen, bahkan rakyat yang tidak setuju juga turut terkena tempiasnya. Semoga kita dijauhkan Allah daripada azab.

Saya agak tertarik dengan isu-isu yang dimainkan oleh Kerajaan Umno-BN ini ketika proses kempen PRK Hulu Selangor berlangsung. Mereka mengatakan bahawa calon PKR mempunyai seekor kuda lumba. Apa yang dapat dikaitkan dengan kuda lumba sekiranya bukan judi? Namun, apa yang berlaku sekarang adalah seperti di dalam ibarat, meludah ke langit jatuh ke muka sendiri! Orang yang berjudi tetap berdosa, tetapi yang member lesen lebih berdosa. Orang yang minum arak itu berdosa, tetapi yang member lesen itu lebih berdosa. Di manakah kabinet contoh yang diperkatakan TPM dalam siri lawatan beliau itu?

Melihat kepada alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu jelas menunjukkan tidak matangnya kerajaan dalam menangani soal jenayah. Judi wajib dibanteras, bukan diberi lesen untuk dihalalkan oleh UMNO-BN. Judi wajib disingkirkan dari muka bumi, bukan diberi tempat. Tidak ada satu agama pun yang membenarkan perjudian kerana ia jelas memberi kerosakan yang dahsyat kepada masyarakat. Melalui perjudian, bidang sukan di negara ini akan terus berada di tahap yang paling rendah. Ini kerana sumber yang diperoleh untuk membangunkan sukan di negara ini bukan melalui cara yang halal. Bahkan ianya dikeji!

Dalam hal ini, saharusnya kita menyatakan bantahan. Terutama mereka yang bergelar ulama’. Bukan mendiamkan diri dan memberi respon isu berpolitik di masjid. Sememangnya berpolitik di masjid itu tidak dibenarkan di negara ini, dan pada hemat saya, kita harus menghormati apa yang telah digariskan ini. Namun, ia bukanlah bertentangan dengan syariat Islam seperti yang diperkatakan pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah. Bukan isu itu yang harus diperkatakan pada waktu ini. Apa yang harus dilihat, kemungkaran yang lebih besar wajib ditentang sehingga ke akar umbi.

Justeru, saya berpandangan bahawasanya rakyat Malaysia mesti menolak mereka yang menganjurkan maksiat yang jelas bertentangan dengan syara’. Meluluskan perkara yang haram itu adalah haram, menghalalkan apa yang haram itu adalah haram, menyokong mereka yang menghalalkan apa yang haram itu juga adalah haram.

Bertaubatlah selagi ada kesempatan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Pesan guru, Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, bahkan kitalah yang seringkali menzalimi diri sendiri.

Ikhwan Hafiz

Hulu Selangor
8 Mei 2010/23 Jamadil Awal 1431

Read more...

“SERANGAN PEMIKIRAN”; USAHA MEMBUNUH AQIDAH UMAT ISLAM!

>> Sunday, January 31, 2010

Firman Allah, mafhumnya;

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah” (Al-Baqarah; 120)

Menelusuri sirah perjuangan junjungan mulia, Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang gigih berjuang untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Seluruh umat mengakui kebenaran yang dibawa oleh Baginda. Lantaran itu, kebenaran yang dibawa Baginda akhirnya telah berjaya membuka 2/3 dunia dan menjadikan dunia ini makmur dengan kesucian Islam yang diwhyukan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. pernah satu ketika, khalifah Harun ar-Rasyid yang merupakan salah seorang khalifah di zaman Bani Abbasiyyah melihat gumpalan awan hitam, lalu Khalifah pun berkata, “Turunlah kamu wahai hujan di mana sahaja bumi yang kamu kehendaki, nescaya hasil bumi itu akan sampai kepada kami.”

Jika kita melihat dengan pandangan yang lebih jelas, kita dapat menyaksikan perjuangan meninggikan kalimah Allah itu didokongi oleh generasi muda yang bersemangat kental dan sihat akal fikirannya. Mereka ini tidak mengharapkan imbalan dunia kecuali redha Allah sahaja yang menjadi harapan mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadis, mafhumnya;

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”

Hadis ini dibuktikan melalui lembaran sirah. Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah ibn Khalaf, mereka ini adalah golongan tua yang menjadi pembesar Quraisy ketika itu dan mereka jugalah yang menentang risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan dikalangan mereka yang mendokong apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w ialah Saiyyiduna Abu Bakar as-Siddiq, umurnya empat tahun lebih muda berbanding Rasulullah s.a.w, Saiyyiduna Umar al-Khattab, umurnya ketika memeluk Islam baru mencecah 30 tahun, Sayyidina Ali ibn Abi Talib yang baru mencecah belasan tahun ketika membantu misi hijrah Rasulullah ke Madinah. Ini membuktikan bahawasanya golongan muda merupakan pendokong risalah Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w.

Lantaran itu, masyarakat Yahudi dan Nasrani berasa tidak senang. Mereka berpandangan selagi golongan muda ini tidak cuba dijauhkan dari jalan Islam yang lurus maka selagi itulah mereka tidak mampu untuk menewaskan Islam. Maka bermulalah siri serangan dan pengkhianatan kepada umat Islam. Sehingga pada satu ketika mereka merasakan bahawa masyarakat Islam hanya mampu ditewaskan melalui siri serangan pemikiran yang berterusan. Mereka begitu berhasrat untuk menjauhkan golongan muda Islam khususnya dari mengikut landasan dan garis panduan Islam yang sebenar.

Menurut Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam karangannya yang berjudul “Generasi Muda Islam & Cabaran Globalisasi”, beliau telah membentangkan beberapa pernacangan jahat yang dibuat oleh Yahudi dan Nasrani laknatullah dalam usaha menyesatkan aqidah umat Islam dan memesongkan akhlak Islamiyyah yang diajar oleh Islam. Antara perancangan Salibiyyah yang dilakukan ialah merosakkan wanita Islam. Mereka cuba mempamerkan fesyen-fesyen kontemporari melalui media cetak dan elektronik dalam misi membunuh akhlak Islamiyyah di dalam diri wanita-wanita Islam. Mereka menjadikan wanita sebagai simbol seks apabila mengiklankan mereka dengan pakaian yang menjolok mata dan membiarkan tubuh-tubuh mereka yang sepatutnya ditutup ditatap oleh lelaki yang ajnabi.

Hal ini secara tidak sedar menjadi faktor dan penyumbang terpenting kepada berlakunya budaya dan gejala seks bebas. Mereka juga meracuni pemikiran wanita-wanita Islam dengan idealisme pembebasan wanita dengan menafikan apa yang telah digariskan oleh Islam. Mereka berusaha menonjolkan wanita barat denagn aneka kemajuan dan kebebasan, dan menonjolkan wanita Islam dengan pelbagai bentuk kemunduran dan ketinggalan zaman sehingga wanita Islam membebaskan diri daripada hijab, akhlak Islam dan cenderung kepada berhias dan kefasadan.

Salibiyyah laknatullah ini juga merosakkan umat Islam melalui arak, pementasan, pembebasan wanita bertujuan untuk memesongkan pemuda Islam khususnya daripada matlamat kehidupan mereka yang tinggi iaitu berjihad di jalan Alla. Begitu juga memalingkan mereka daripada memikul tanggungjawab menyampaikan dakwah dan membawa risalah Islam ke seluruh dunia.

Ayuh kita lihat perancangan yang dibuat oleh Yahudi Laknatullah pula. Yahudi telah mengiklankan perancangan serangan pemikiran di dalam protokol mereka adalah untuk merosakkan akidah, akal dan keperibadian manusia bahkan mereka telah melahirkan pemikiran, dasar-dasar Yahudi dan bukan Yahudi yang mengajak ke arah meruntuhkan akidah dan memusnahkan dasar-dasar akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat dan melaksanakan perancangan mereka. Antaranya mereka menyokong teori Frued yang mentafsirkan semua perlakuan manusia adalah hasil daripada keinginan seks dan bertitik tolak daripada dorongan menikmati kelazatan syahwat. Mereka juga mendokonga teori Nature yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan kepada manusia melakukan semua perkara yang boleh memberi kepuasan walaupun membunuh, menumpahkan darah atau menceroboh!

Di dalam protokol Yahudi kesembilan ada menyebut, “Kita perlu bekerja untuk meruntuhkan akhlak di segenap tempat. Ini akan memudahkan penguasaan kita ke atas mereka. Sesungguhnya Freud adalah bersama kita dan beliau akan terus mengemukakan teori perhubungan seks dengan jelas, sejelas sinaran matahari di siang hati supaya tidak ada lagi perkara yang mesti dihormati pada pandangan pemuda dan akan jadilah peranannya yang penting adalah memenuhi tuntutan itu.”

Maka sudah terang lagi bersuluh akan perancangan jahat Yahudi dan Kristian Salibiyyah Laknatullahi ‘alaihim. Mereka tidak berupaya melawan kekuatan umat Islam dalam siri peperanga bersenjata satu ketika dahulu. Lalu mereka mencari jalan untuk menyerang Islam dari sudut pandangan yang halus. Usaha mereka ini menemui hasil setelah umat Islam dilalaikan dengan agenda mereka. Mereka meruntuhkan akhlak dan nilai moral umat Islam atas tujuan yang satu iaitu melenyapkan aqidah umat Islam dari dada-dada manusia dan seterusnya mereka ingin melenyapkan Islam dari muka bumi ini.

Semoga Allah memelihara kita dari rancangan jahat kuffar Laknatullahi ‘alaihim. Akhirnya, marilah kita merenung kata-kata Saiyiduna Abu Bakar as-Siddiq, mafhumnya;

“Apakah agama ini akan berkurang (dihina) sedangkan aku masih hidup?”


Sekian

Read more...

KEIMANAN DAN KETA’ATAN

>> Wednesday, January 13, 2010

MUQADDIMAH

قالت الأعراب ءامنا قل لم تؤمنوا ولكن قولوا أسلمنا ولما يدخل الإيمان فى قلوبكم . وإن تطيعوا الله ورسوله لا يلتكم من أعمالكم شيئا . إن الله غفور رحيم – الحجرات 14

Maksudnya;
Orang-orang ‘Aarab berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah wahai Muhammad: “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman masih lagi belum meresap ke dalam hati kamu, berkatalah dulu, “kami telah Islam. Dan ingatlah, jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala dari amalan-amalan kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani - (Al-Hujurat :14)

Ayat yang telah diketengahkan ini memberi kefahaman kepada kita, bahawa iman itu kedudukannya adalah lebih khusus daripada Islam. Kefahaman ini diperkuatkan dengan hadis Jibril yang datang kepada Rasulullah SAW bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan. Soalan Jibril kepada Rasulullah SAW itu bermula daripada soalan yang bersifat umum, kemudian meningkat kepada soalan yang lebih khusus, seterusnya kepada soalan yang lebih khusus.

BAGAIMANA IMAN BERMULA

Ayat yang bermaksud; “ sementara iman masih belum meresap ke dalam hati kamu”, memberi focus kepada satu persoalanan tarbiah, iaitu hati yang dimiliki oleh setiap muslim mungkin terdedah kepada hakikat bahawa ia mungkin mati atau mungkin dikuasai oleh kelalaian. Hati yang telah mati, cara menghidupkannya semula hanyalah melalui amal Islami seperti berzikir, membaca al-Quran, bersolat, berinfaq, berpuasa, menunaikan fardhu haji dan sebagainya. Dengan mempraktikkan amal-amal Islami tersebut, hati seorang muslim akan meningkat dan terus meningkat sehingga mencapai kepada kesempurnaan iman.

MEMBENTUK KEPERIBADIAN MUSLIM

Membentuk keperibadian muslim ialah dengan mencontohi Rasulullah SAW, iaitu dengan membentuk iman yang mendalam. Iman yang mendalam ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

a- Dinamis; iaitu iman yang sentiasa bergerak dan hidup
b- Keyakinan yang kuat kepada Allah
c- Menyerahkan diri hanya kepada Allah
d- Dengar dan taat kepada arahan Allah, Rasul dan pimpinan
e-Tidak merasa berat melakukan ibadah dan kerja perjuangan
f- Tiada pilihan lain selain Islam sebagai cara hidup

Ciri-ciri keperibadian muslim yang disebutkan ini hanya mampu dipelihara apabila seorang muslim terlibat dengan dakwah dan perjuangan. Dengan keterlibatan kita di dalam perjuangan, kita memiliki benteng yang kuat di dalam menghadapi berbagai gangguan dan mehnah yang mungkin mempengaruhi kita menjauhi Islam.

Akhlak yang mulia yang dimiliki oleh seorang muslim, perlulah dijaga dan dipertingkatkan dengan semangat yang tinggi untuk beribadah kepada Allah. Seorang muslim, hidupnya adalah berorientasikan Allah dan hanya ditujukan kepada-Nya, menolak segala kemungkaran dan kemaksiatan, serta memilih hidup yang serius sebagai seorang Islam. Seorang yang memiliki keperibadian Islam yang sejati sentiasa optimis dan tidak pernah mengenal putus asa dalam perjuangan. Gerak kerjanya penuh dengan kesungguhan, sehingga ia mampu mempertingkatkan taqarrubnya kepada Allah dengan ibadah-ibadah seperti qiamullail, puasa-puasa sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan sebagainya. Peribadi muslim yang terbentuk dengan cirri-ciri ini, akan sentiasa menikmati lazat dan manisnya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Pembentukan peribadi muslim hanya akan terbentuk apabila terbentuknya keimanan di dalam jiwa seseorang. Dengan iman, seseorang akan mendapat kebahagiaan di dalam kehidupan dunia, lahiriah dan bathiniah, serta mendapat kebahagian di akhirat dengan limpahan rahmat, nikmat dan keredhaan Allah serta keselamatan dari siksaan Allah.

PERANAN IMAN DI DALAM KEHIDUPAN

Tanpa iman, manusia di dalam kehidupan dunia akan mengalami kebingungan dan kegelisahan apabila ditimpa tribulasi dan ujian. Gerakan Islam yang tidak pernah terlepas daripada ujian dan mehnah, amat memerlukan para mujahidnya yang sentiasa berada di dalam kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, agar mereka sentiasa dapat bertahan apabila berhadap dengan ujian dan mehnah di sepanjang jalan perjuangan. Justeru itu, pembentukan peribadi muslim, hendaklah dijadikan target utamanya ialah menanam keimanan. Hasil daripada keimanan akan turunlah rahmat dan keadilan Allah. Semua urusan dunia akan mudah diselesaikan apabila kita beriman kepada Allah. Persoalanan keimanan merupakan persoalanan yang paling mendasar, iaitu hidupnya hati dengan beriman dan mengenal Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya perlindungan dan pertolongan Allah hanya dikurniakan kepada golongan yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah SWT;
وأن الله مع المؤمنين

Maksudnya;
Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang beriman – (Al-Anfal: 9)
Alangkah nikmatnya hidup kita ditemani dan dilindungi oleh Allah SWT. Perjalanan orang yang beriman dan bertaqwa tidak akan tersesat di persimpangan yang akan menjauhkannya dari tujuan hidup yang sebenarnya.

MUSLIM YANG TERBAIK

Seorang muslim yang terbaik ialah siapa yang panjang umurnya dan banyak pula ketaatannya. Sabda Rasulullah SAW :

خيركم من طال عمره وحسن عمله

Maksudnya;
Sebaik-baik kamu ialah siapa yang panjang umurnya dan baik pula amalan ketaatannya.
Umur yang panjang dan dihabiskan di dalam ketaatan kepada Allah, memberi erti bahawa amal kebajikannya akan sentiasa bertambah dan kedudukannya di sisi Tuhan pun akan sentiasa meningkat. Begitulah juga sebaliknya, iaitu apabila umur yang diperuntukkan oleh Allah dihabiskan di dalam dosa dan maksiat, yang akan mengakibatkan dosa semakin bertambah, dan kedudukan seorang muslim itu akan semakin jauh daripada Allah.

REALITI UMAT ISLAM SILAM

Perjuangan Islam yang sedang kita gerakan dewasa ini, amat memerlukan para para mujahidnya sentiasa berkomitmen dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita, bahawa saf perjuangan Islam sepanjang zaman telah mempersaksikan para pejuang Islam ialah mereka yang terdiri daripada mereka yang sangat berkomitmen dan beristiqamah di dalam perkara ketaatan dan ibadah kepada Allah. Hanya dengan beramal ibadah secara konsisten, kita akan dapat menarik rahmat dan kasih belas daripada Allah untuk mengurniakan kemenangan kepada kita di dalam perjuangan yang mulia ini.

Realiti para mujahid di zaman silam yang sentiasa hidup di dalam ibadah, telah menimbulkan kata-kata seperti ;

رهبان بالليل,فرسان بالنهار

Yang memberi maksud, mereka pada waktu malam ialah para para pendita yang tidak jemu-jemu beribadah dan sujud kepada Allah. Sedanglan pada waktu siang pula mereka ialah para pejuang yang gagah dan hebat di medan pertempuran dan perjuangan.

PEMUDA DAN MASJID

Pemuda Islam yang menjadi asset terpenting kepada perjuangan Islam wajar menitik beratkan dirinya dengan amal ketaatan yang paling berkualiti, khususnya di dalam penunaian ibadah solat secara berjamaah di masjid.

Firman Allah SWT;

إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر وأقام اصلاة وءاتى الزكاة ولم يخش إلاالله

Maksudnya;
Hanyasanya orang mampu menghidupkan rumah –rumah Allah itu ialah siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, serta tidak takut kepada sesiapa pun kecuali hanya kepada Allah – (At-Taubah : 1

Menjuruskan pemuda kepada penunaian solat secara berjamaah di masjid dan sebagainya tidak sepatutnya dikesampingkan, bahkan adalah ia dikira sangat malang apabila ia dan dikira tidak penting di dalam perjuangan. Kepimpinan sebuah harakah Islamiyah sepatutnya mengambil perhatian yang lebih serius terhadap persoalanan ini, kerana dengan mengembalikan petugas gerakan kepada masjid, kita telah mengembalikan hakikat perjuangan Islam kepada situasi dan ketika Islam bermula di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari ayat ini jelas difahami bahawa seseorang yang dapat mendisiplinkan diri berkomitmen memakmurkan rumah Allah ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan tidak takut kepada apa jua pun, selain takutnya hanya kepada Allah.

PENUTUP

Amal yang soleh adalah amal yang sentiasa beriringan dengan keimanan. Justeru itu kita dapati di dalam al-Quran, setiap kali Allah menyebut iman, ia akan diiringi dengan amal soleh yang menjadi bukti kebenaran kepada harga sebuah keimanan. Kedua-duanya itu, iaitu iman dan amal soleh adalah merupakan sebab di antara sebab-sebab kemenangan, dan punca umat Islam dapat berpasak kuat memimpin manusia di atas jalan hidayah apabila kuasa pemerintahan sudah berada di tangan mereka. Bahkan ia adalah sebab bagi kebahagian insane untuk mengecap kebahagiaan abadi di akhirat nanti.

Hasil tulisan; Tuan Guru ku, Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Ramli HafizahulLah.

p/s:hasil tulisan ni diambil dari simpanan artikel yang dimiliki. Harap dapat diambil faedahnya.

Read more...

ISU KALIMAH ALLAH & 1 MALAYSIA

>> Saturday, January 2, 2010

30 Disember 2009 merupakan tarikh yang mengundang kekecewaan bagi umat Islam di Malaysia. Isu yang tertangguh selama dua tahun telah diisytiharkan keputusannya pada hari tersebut. Satu tindakan yang biadab dan mencabar hak asasi umat Islam apabila pihak gereja mencabar Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan penggunaan istilah ALLAH dalam majalah Herald milik Kristian La’natullahi ‘alaihim ajma’in. Keputusan yang diharapkan memihak kepada umat Islam akhirnya telah berpihak kepada orang-orang Kristian La’natullahi ‘alaihim ajma’in.

Beberapa persoalan timbul di benak fikiran. Persoalan yang timbul ini juga ditimbulkan oleh sahabat saya di dalam diskusi. Pertama, kes ini melibatkan maruah dan hak orang Islam. Akan tetapi yang mengadili kes ini ialah Hakim Datuk Lau Bee Lan, seorang hakim berbangsa cina dan apa yang lebih pasti bukan seorang Islam. Mengapa isu yang melibatkan hak dan maruah orang Islam diadili oleh orang yang sepatutnya? Adakah pihak tertuduh dan yang dituduh tidak mengetahui hakim yang bakal mengadili kes ini? Mengapa pula kes ini dibicarakan di mahkamah sivil yang sudah kita maklum bahawa undang-undang yang digunakan di dalam mahkamah sivil ini adalah undang-undang barat? Kesan daripada undang-undang yang diamalkan oleh pihak kerajaan hari ini akhirnya membawa padah kepada masyarakat Islam sendiri.

Persoalan yang lain, mengapa kes ini didiamkan walhal ia telah wujud sekitar dua tahun yang lalu? Apakah kes ini tidak berat pada pandangan masyarakat umum? Masih segar di ingatan, isu “Islam Plastik” yang dimainkan media kononnya Mursyidul Am PAS menyamakan Islam yang diamalkan hari ini seperti Islam Plastik. Isu ini terus diperbesar oleh sebahagian mereka yang bersifat pro-kerajaan. Ditambah pula isu doa laknat yang timbul kerana keengganan Dato’ Seri Najib membayar royalty minyak kepada kerajaan Kelantan. Akhirnya, isu yang membabitkan maruah umat Islam ditutup rapat dan disimpan rapi sehingga ia dibiarkan sejuk. Apabila ia sejuk baru ia dikeluarkan dari simpanan dalam keadaan masyarakat sudah pun lupa realiti masalah yang sebenar. Sungguh naïf perbuatan pihak yang berkenaan!

Kalau kita merenung sedalamnya tentang isu ini, kita akan kehairanan. Apakah pihak kerajaan khususnya KDN begitu serius dalam membantah penggunaan kalimah Allah di dalam majalah Herald Katolik? Seolah-olah wujud double-standard dalam hal ini apabila perkara ini terus didiamkan oleh pihak kerajaan dan tidak menghebahkan kepada masyrakat umum sehinggalah tarikh perbicaraan hampir tiba. Saya berpandangan pihak KDN khususnya perlu serius melawan isu ini dan jangan biarkan mereka memijak kepala umat Islam. Buktikan ketuanan Melayu Islam yang kononnya dipertahankan oleh pihak kerajaan!

Ada yang memberi respon, terdapat dua orang tokoh yang mengatakan tidak menjadi masalah jika non-muslim ingin menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan mereka. Kedua-dua mereka ialah Tuan Guru Mursyidul Am PAS dan Dr.Asri Zainal Abidin. Saya tidak menafikan Abu Jahal satu ketika pernah berdoa menggunakan kalimah Allah dalam doanya sedangkan dia bukanlah seorang yang beriman. Masyarakat jahiliyyah satu ketika pernah melafazkan kalimah talbiah yang mengandungi kalimah Allah di dalamnya. Namun pada waktu itu peranan Rasulullah s.a.w dan umat Islam yang terdiri dari kalangan para sahabat dalam usaha mentaqdiskan (baca : membersihkan, menyucikan) nama Allah dan kesannya semakin ramai yang memeluk Islam dan umat Islam menjadi bertambah kuat.

Berbanding realiti umat Islam hari ni yang tampak semakin ditindas dan lemah, mana mungkin ramai yang mampu menjaga kesucian kalimah Allah itu sendiri. Melihat golongan muda Islam yang semakin hanyut dengan arus yang dibawa oleh kafir barat La’natullahi ‘alaihim ajma’in. Melihat proses kristianisasi, ia dilakukan dengan cara yang paling halus kerana mereka menyedari umat Islam tidak boleh dikejutkan dengan isu yang sensitive dengan tiba-tiba. Apakah terdapat satu jaminan di mana risalah yang hanya dikhususkan untuk orang Kristian tidak akan tersebar walaupun sehelai ke tangan umat Islam? Sedangkan holy-water yang kononnya terjaga itu pun boleh terlepas ke tangan anak-anak muda Islam apatah lagi majalah ataupun risalah yang hampir menyamai tulisan orang Islam dengan menggunakan kalimah Allah. Sungguh halus rancangan jahat mereka!

Bagaimana Pula Dengan 1 Malaysia?

Setiap kali bertukarnya kepemimpinan negara, maka gagasan baru akan mula diperkenalkan. Merenung sejenak zaman Tun Dr. Mahathir, gagasan Pandang Ke Timur diperkenalkan atas tujuan memajukan negara dari pelbagai sektor. Beralih ke era Tun Abdullah Ahmad Badawi, gagasan Islam Hadhari diperkenalkan untuk menarik semula keyakinan dan kepercayaan masyarakat Melayu Islam yang semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional. Lantas angin mereka beralih sejenak kepada PAS dan komponen parti Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Kini, di era Dato’ Seri Najib gagasan 1 Malaysia diperkenalkan. Gagasan yang menjadi inspirasi dan azimat Umno dan Barisan Nasional dalam mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia kepada mereka.

Ketika gagasan ini mula diperkenalkan, satu perkara penting yang harus kita lihat. Apakah gagasan ini membawa satu maslahah (baca: kebaikan) yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu Islam di negara ini? Umno dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan ketuanan melayu di samping memperjuangkan agama sebagai perkara yang kedua. Namun, gagasan yang diperkenalkan ini merupakan sebuah gagasan pluralisme yang bakal membunuh ketuanan Melayu amnya, dan menghina Islam khususnya. Bermula dengan persamaan kaum yang dicanangkan sebelum ini dan akan beralih pula pada persamaan agama!

Satu teori yang mudah. Gagasan ini tampak seakan-akan mampu mewujudkan sebuah perpaduan yang jitu di kalangan penduduk Malaysia. Namun pada hakikat sebenar yang perlu diketahui, gagasan ini secara tidak langsung telah menyebarkan fahaman pluralisme agama di kalangan penduduk khususnya kepada umat Islam di negara ini. Satu kenyataan daripada seorang pemimpin Barisan Nasional, dalam laman Berita Harian Online bertarikh 25 Disember menyebut, “keunikannya (perayaan) ialah rakyat akan mengetepikan sebarang perbezaan dan tinggal bersama sebagai 1Malaysia.” Presiden Parti Progresif Penduduk, Datuk M Kayveas pula berkata, rakyat Malaysia sentiasa dapat menyambut Krismas dalam suasana gembira dan tenang dan segenap lapisan masyarakat bersatu dengan semangat 1Malaysia.

Jika kita merenung sedalam-dalamnya kenyataan ini menampakkan bahawa nilai-nilai persamaan dalam beragama sudah mendapat tempat dalam era pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Dan sememangnya perkara inilah yang diperjuangkan oleh mereka sejak dahulu lagi. Sudah pasti kita tidak akan lupa istilah “deeparaya”, istilah yang ‘menghalalkan’ meraikan dua perayaan dari agama yang berbeza.

Apa Kesannya?

Melihat kepada kesan yang mendatang sudah pasti akan membuatkan hati kita semakin gelisah. Jaringan Islam Liberal yang masih belum mendapat tempat di Malaysia ini bakal meraikan ‘kemenangan’ mereka jika isu kalimah Allah dimenangi oleh pihak Kristian La’natullahi ‘alaihim ajma’in. Ditambah pula ruang persamaan kaum dan agama yang diberikan, sudah cukup bagi mereka untuk melahirkan generasi yang tidak berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dan pada ketika itu Malaysia bakal menjadi seperti Indonesia yang sudah hilang taringnya di kalangan umat Islam lantaran memandang remeh pada isu yang memungkinkan fahaman Liberal dan pluralisme agama mendapat tempat di dalam pemerintahan dan masyarakat.

Semoga Allah menjauhkan kita dari malapetaka tersebut!

Read more...

SALAM AIDUL ADHA

>> Friday, November 27, 2009

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WA LILLAHIL HAMD

Firman Allah s.w.t:

“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “ Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari kalangan orang yang bersabar” as-Saffat; 102

Aidul adha kembali menjengah, membawa seribu satu kisah pengorbanan yang sewajarnya kita hayati. Kisah pengorbanan pertama yang berlaku, pembunuhan Habil yang dibunuh saudara kandungnya Qabil, ditambah dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam merupakan pengajaran yang amat berharga yang perlu untuk dihayati.

Seperti ‘aidul Fitri, ‘aidul adha juga bukan merupakan satu perayaan adat. Menjelang 10 Zulhijjah maka bergema semula takbir di angkasa, memecah segala kesunyian. Pada hari ini juga, disyariatkan ibadah haji kepada umat Islam.Namun, ia bukanlah satu adat akan tetapi ianya mempunyai makna yang cukup tersirat. Hikmah Allah menjadikan hari ini sesuai dengan keperluan semasa.

Jihad dan pengorbanan merupakan dua elemen yang berkait rapat. Kedua-duanya memerlukan satu elemen tambahan yang akan menghasilkan natijah yang sempurna. Itulah elemen kesabaran. Apa-apa perkara yang mampu menguntungkan Islam, yang mampu mengangkat semula martabat Islam dipanggil jihad. Dan jihad memerlukan kepada pengorbanan yang sangat tinggi. Mana mungkin jihad mampu terhasil jika tidak disertakan dengan pengorbanan. Pengorbanan pula perlulah disertakan dengan kesabaran kerana tujuan jihad itu sendiri adalah untuk menggapai redha Allah.

Kembali berpijak di bumi yang nyata. Manusia yang hidup pada hari ini semakin hari semakin jauh dari undang-undang Allah s.w.t. Jangan kita menyangka undang-undang Allah itu hanya berkisar undang-undang pemerintahan negara, akan tetapi undang-undang terhadap individu juga termasuk dalam erti kata undang-undang Allah s.w.t. Kita sering kali membicarakan perihal masyarakat luar yang semakin parah dan kronik dengan gejala sosial yang melanda. Propaganda yang dibawa oleh musuh Islam telah menjadikan umat Islam hari ini semakin lemah dan jauh tersasar dari hala tuju yang sebenar. Namun, perlu juga untuk kita sedari bahawa propaganda ini juga yang telah meresap masuk ke dalam diri dan pemikiran masyrakat huffaz hari ini.

Mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan, masyarakat huffaz merupakan nadi penggerak kepada masyarakat di luar. Masyarkat huffaz ibarat hati di dalam satu badan. Jika rosak hati tersebut maka akan rosak jugalah seluruh tubuh badan. Namun jika baik hati tersebut maka sejahteralah seluruh tubuh badan. Merenung kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Syeikhuna Abul A’ala al-Maududi di dalam makalahnya, Manhaj Hidup Muslim. Sememangnya Al-Quran itu tinggi tempatnya, tetapi kita yang merendahkannya. Melakukan kezaliman terhadap Al-Quran bukan hanya bererti meletakkan Al-Quran itu di tempat yang kotor, tetapi jika mengabaikan segala yang termaktub di dalamnya juga merupakan satu kezaliman yang besar.

Kita mengetahui, Allah telah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai qudwah hasanah. Ketika ditanya kepada saiyidatuna ‘Aishah radhiyallahu ‘anha tentang akhlak Baginda, maka Ummul mu’minin ‘Aisyah mengatakan bahawa akhlak Baginda itu adalah Al-Quran. Muhasabahlah semula, di mana tingkatan akhlak kita. Bagaimana akhlak kita dengan diri kita, bagaimana akhlak kita dengan masyarakat, dan yang paling penting bagaimana pula akhlak kita dengan Allah s.w.t.

Pernah satu ketika, saat pulangnya Ibrahim bin Ablah dari satu peperangan. Ibrahim bin Ablah berkata kepada tenteranya bahawasanya mereka pulang dari jihad yang kecil (peperangan) kepada jihad yang besar (melawan hawa nafsu). Seperti yang dinyatakan, jihad memerlukan kepada pengorbanan dan kesabaran. Untuk mencontohi model yang ditunjukkan Baginda bukanlah mudah kerana ianya amat bertentangan dengan nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Justeru hanya hati yang sentiasa berpaut pada Allah sahaja yang bakal melepasi ujian ini. Perkara asas yang perlu diambil kira ialah nilaian ketaqwaan kita kepada Allah. Hanya pengorbanan orang yang bertaqwa sahaja yang bakal diterima oleh Allah seperti yang dirakamkan di dalam Surah Al-Maidah ayat 27.

Wallahu a’alam..

Sekian

MUHAMMAD FAKHRUR RIDZWAN BIN OTHMAN
Yang Di-Pertua
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran
Sesi 2009/2010

Read more...

APA NAK JADI NI???

>> Thursday, November 12, 2009

Belakangan ini, rakyat Malaysia dijamu dengan cerita penangkapan Dr. Asri Zainal Abidin, matan Mufti Perlis. Penangkapan dibuat atas alasan Dr. Asri tidak mempunyai tauliah unuk menyampaikan kuliah di Selangor. Akhbar hari ini pula memaparkan tindakan Adun Gombak Setia yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS untuk membawa kes ini ke mahkamah. Perkara ini dipertahankan beliau apabila sidang DUN mebangkitkan isu penahanan Dr. Asri dan meminta ianya digugurkan.

Hassan Ali dan JAIS

Saya secara peribadi kurang senang dengan isu seperti ini. Ianya seolah-olah menampakkan sikap kebudak-budakan pihak yang dimaksudkan. Sepatutnya, JAIS dan Dr. Hassan Ali perlu lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikan isu seperti ini. Saya bukanlah pengikut Dr. MAZA tetapi disebabkan hanya kerana isu tauliah perkara ini diperbesarkan.

Umum mengenali siapa yang dikatakan “DR. ASRI ZAINAL ABIDIN”. Ramai yang menyifatkan beliau sebagai seorang wahabi. Sedangkan kita perlu kenal terlebih dahulu susur galur wahabi jika ingin melabel seseorang itu sebagai wahabi. Adakah disebabkan segulung tauliah perkara ini harus dibicarakan di mahkamah? Sedangkan beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga merupakan seorang bekas mufti yang dipilih olrh Raja Perlis satu ketika dahulu.

Seperti yang saya tegaskan, saya bukanlah pengikut Dr. MAZA. JAIS sendiri perlu ingat, betapa banyaknya tanggung jawab yang lebih besar untuk dilaksanakan. Bukan hanya mengambil kira perkara yang bersifat furu’iyah seperti ini. Nak dikatakan sesat? Masakan boleh menjadi mufti. Sedangkan ramai ilmuan Islam, golongan fuqaha’ di negara ini mengiktiraf beliau. Tindakan memperbesarkan isu ini akan dilihat sebagai satu kerugian kepada umat Islam itu sendiri.

Kenapa?

Saya yakin sudah ramai di kalangan non-muslim yang Nampak akan keindahan dan kemurnian ajaran Islam. Namun, jika perkara kecil seperti ini diperbahaskan dengan hebat akan mendatangkan satu perspektif yang negatif di dalam minda mereka dan akan menyebabkan mereka menjauhi Islam. Bukankah itu satu kerugian? Dalam aspek yang lain, golongan yang memperjuangkan Isam Liberal seperti SIS tidak pula mendapat tempat di hati JAIS ataupun Hassan Ali. Sedangkan mereka itu lebih besar bahayanya berbanding fikrah dan fahaman Dr. MAZA ini. Masih panas di telinga saya apabila Saudara MarBu menceritakan tentang pelawaan SIS kepada siapa yang berminat untuk berjidal ( baca : debat) dengan mereka. Ketika itu, tidak ada seorang pun yang berani tampil menyahut cabaran tersebut.

Seharusnya kini JAIS khususnya dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri yang lain amnya perlu menumpukan terhadap proses kaderisasi yang akan berperanan melawan pihak yang memperjuangkan ideologi jahiliyyah yang sesat dan menyesatkan, bukan menumpukan perkara furu’iyah seperti ini.

Lihat Pada Yang Utama

Saya mengajak semua untuk merenung sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah, ayat 159-160, mafhumnya:

“Sungguh, orang-orang yang telah menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat. Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengadakan perbaikan dan menjelaskannya (yakni melakukan pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang jelek dari kesalahan yang telah dilakukan, dan menjelaskan kebenaran yang disembunyikan), mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah yang Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang”

Penulisan saya ini bukanlah hanya merujuk kepada isu Dr. MAZA sahaja, akan tetapi bersifat menyeluruh. Di dalam akhbar hari ini juga menyiarkan berita terhadap tindakan yang dikenakan terhadap pegawai Masjid di Subang Jaya kerana sering memanggil khatib luar yang berkhutbah tidak mengikut teks yang dikeluarkan, bahkan dijadikan pentas politik.

Saya tidak menafikan arahan daripada istana. Akan tetapi, kebenaran tetap kebenaran. Merujuk kepada ayat di atas, sudah cukup untuk menjelaskan balasan bagi orang yang menyembunyikan kebenaran.

Kita sendiri menyaksikan peranan yang pernah dimainkan oleh Dr. MAZA satu ketika dahulu. Beliau dilihat telah menghidupkan institusi mufti yang dilihat kian lesu. Beliau juga banyak memberikan pandangan serta kritikan terhadap perjalanan perti politik PAS mahupun UMNO. Tidak dinafikan, beliau juga mempunyai pandangan yang tersangat kontra dengan ‘uruf masyarakat di Malaysia. Namun, itu adalah khilaf. Bukan perkara usul yang dibangkitkan. Saya mengajak semua untuk melihat kepada sumbangan teradap Islam dan itu jugalah yang sering dinasihatkan oleh rakan-rakan seperjuangan.

Sepatutnya kita cuba berlapang dada, bukan bertindak menghukum. Seperti yang saya nyatakan, tindakan akan menyebabkan golongan juhala’ dan non-muslim semakin lari daripada Islam lantaran kerasnya pendirian yang digunakan. Bahkan,musuh akan sentiasa mentertawakan umat Isam kerana sering tetipu dengan agenda kecil yang Nampak seperti sebuah gunung yang bakal menghempap.

Kesimpulannya, jangan kita bertindak seperti kanak-kanak yang sedang bertelingkah kerana berebut untuk mendapatkan sebiji gula-gula. Akan tetapi jadilah kita seperti seorang yang sentiasa melihat ruang dan peluang untuk mengembangkan kemurnian dan kesucian Islam.


Ikhwan Hafiz

12 November 2009

Read more...

CERITA DISKUSI

>> Tuesday, October 20, 2009

Cerita 1:

Saya menghadiri satu usrah bersama sahabat-sahabat di kampus. Antara yang hadir ialah saudara MarBu. Usrah yang dimulakan dengan tazkirah daripada saudara Irfan, diteruskan dengan perkongsian pengalaman yang pernah saya alami baru-baru ini. Selesai berkongsi, saya melontarkan beberapa pandangan megenai persoalan yang sering menghantui ahli gerakan sehingga menyebabkan kelesuan dalam bergerak.

Saudara MarBu merancakkan lagi usrah pada hari tersebut dengan membuka satu slot mencabar persepsi. Antara yang dilontarkan dalam sesi tersebut ialah:

1) Hadis umat Islam kembali dagang
2) Hadis mencegah kemungkaran
3) Perihal ahli gerakan yang banyak melihat kepada tokoh-tokoh perjuangan masa kini tanpa mengambil kira peranan generasi terdahulu

Satu perkongsian yag menarik. Saya bersetuju dua daripadanya. Tetapi mengenai hadis umat Islam kembali dagang, saya mempunyai pandangan tersendiri.


Cerita 2:

Selesai sesi tasmi’, saya bergerak ke kafeteria. Di sana, saya sempat berkongsi buah fikiran bersama naqib saya sendiri, akh Syazrin. Apa yang dilontarkan itu bertepatan dengan apa yang saya fikirkan. Kami membincangkan tentang kelesuan yang terjadi di kalangan pemuda hari ini, khususnya mereka yang bergelar huffazul Quran.

Akh Syazrin memberi gambaran kepada saya dan beberapa orang sahabat yang turut bersama mendengar perbincangan kami tentang kepentingan menguasai ilmu dan membentuk semula tamadun.


Umat Islam Kembali Dagang

Saudara MarBu tidak bersetuju jika kita mengatakan bahawa umat Islam pada hari ini kembali dagang kerana mengambil kira faktor kebangkitan umat Islam pada hari ini. Beliau mengatakan bahawa zaman dagang yang dimaksudkan ialah zaman ketika pasca kebangkitan umat Islam yang pernah dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani.

Saya tetap mengatakan bahawa umat Islam pada hari ini merupakan generasi ghuraba’. Ittifaq ulama’ mengatakan zaman kedatangan Islam itu adalah zaman pencerahan aqidah dan tamadun daripada kegelapan jahiliyyah. Tetapi zaman tersebut menampakkan Islam dipandang asing oleh masyarakat yang hidup pada waktu itu sehinggalah tersebarnya Islam di serata dunia. Dan saya mengatakan bahawa umat Islam tetap akan kembali menguasai dunia seperti yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kalau dilihat pada situasi yang melanda umat Islam sekarang, sudah tentu kita akan mengatakan bahawa umat Islam mempunyai kekuatan yang cukup ramai. Namun apa yang terjadi pada hari ini, umat Islam kebanyakan lebih membawa haluan hidupnya sendiri tanpa memikirkan kerosakan yang menimpa. Jika dikira dari segi kuantiti, sememangnya kita umat Islam memiliki jumlah yang cukup ramai. Tapi proses islamisasi itu tidak berlaku di setiap tempat, bahkan kita juga perlu melihat ke arah diri sendiri apakah proses islamisasi itu telah berlaku di dalam diri kita?

Jamaluddin al-Afghani pernah berkata, “aku melihat islam di eropah tetapi aku tidak melihat ramainya umat islam di sini. Tetapi aku melihat ramainya umat islam di tanah arab tetapi aku tidak melihat islam di sini”. Lantaran itu, terbukti bahawasanya amat sedikit golongan yang benar-benar memperjuangkan Islam di atas dasar meninggikan syariat Islam itu sendiri.

Namun, awas bagi hati-hati yang merasakan bahawa mereka merupakan pendokong panji Islam. Syeikhuna Ustaz Fathi Yakan menyebut di dalam kitabnya yang diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu, Apa Erti Aku Menganut Islam bahawa manusia ini mempunyai tiga golongan. Salah satu golongan yang disebutkan ialah golongan yang tertipu di dunia dan di akhirat, Na’uzubillah.


Pengaplikasian Gagasan Iqra’

Melihat fenomena yang melanda umat hari ini sudah tentu mendatangkan seribu satu persoalan. Kita telah dijanjikan jika berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah maka seluruh kehidupan kita akan Berjaya, bahkan seisi dunia turut merasai tempiasnya. Bagaimana umat terdahulu telah membuktikan dengan kejayaan yang gemilang apabila Islam Berjaya membentuk tamadun yang cukup disegani sehingga masyarakat barat turut ‘mencedok’ mutiara yang ada pada Islam.

Lihat sahaja kegemilangan yang pernah dirasai oleh umat Islam ketika zaman pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah. Penyebaran ilmu terus dilakukan secara meluas sehingga pada waktu itu tertubuhnya sebuah perpustakaan yang dipanggil Baitul Hikmah. Kegemilangan itu terhasil kerana gagasan Iqra’ yang pernah diwahyukan kepada Rasulullah difahami dan diaplikasikan secara meluas.

Dalam satu siri ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri, beliau menerangkan maksud Iqra’ itu sendiri bukan hanya bertumpu pada “bacalah”. Bahkan iqra’ itu amat luas pengertiannya. Antaranya ialah penilitian, pengkajian, analisis dan segala yang berkaitan dengannya. Fenomena yang melanda ahli gerakan pada hari ini, mereka terlalu bersemangat untuk membentuk sebuah Negara yang adil berasaskan ciri-ciri Islam. Namun yang menjadi persoalannya kini, bagaimanakah dengan persediaan?

Akh Syazrin sempat melontarkan satu soalan, seandainya pada hari ini negara yang diimpikan selama ini berjaya didirikan, apakah kita mampu menghapuskan sistem barat yang amat jelas bertentangan dengan prinsip Islam? Apakah mampu kita menghapuskan sistem dualisme dalam pendidikan atau sekularisme dalam pemerintahan? Ini kerana kita terlalu ghairah untuk mengejar sesuatu tanpa memiliki persediaan yang cukup.

Saya tidak bermaksud kita tidak boleh ghairah dalam mengejar sesuatu yang kita inginkan, apatah lagi perkara yang kita impikan itu adalah perkara yang bertepatan dengan syara’. Tetapi perlu juga kita memiliki persediaan yang rapi kerana zaman ini adalah zaman perang saraf, bukan zaman mengangkat senjata!


Mentamadunkan Politik

Saya sekali-kali tidak menafikan, untuk mendapatkan kuasa pemerintahan perlulah melalui politik. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawasanya politik itu merupakan salah satu rukun yang perlu dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat.

Melihat keadaan politik negara-negara di dunia ini menampakkan satu bentuk politik yang tidak bertamadun. Keadaannya sama seperti keadaan jahiliyyah. Menurut Ustaz Ridhwan Mohd Noor jahiliyyah yang melanda umat hari ini adalah neo-jahiliyyah (jahiliyyah versi alaf 21). Adalah menjadi tanggungjawab ahli gerakan untuk memastikan politik hari ini ditamadunkan semula seperti yang pernah berlaku ketika era pemerintahan Islam.

Hanya tamadun yang berasaskan pengetahuan sahaja yang berupaya membentuk suasana politik yang kondusif. Jika kita tidak berusaha memahami tamadun neo-jahiliyyah ini, maka apabila kuasa pemerintahan itu berjaya dimiliki akan terciptalah sebuah jahiliyyah yang baru. Memahami Islam itu adalah wajib, dan memahami sepak terajang jahiliyyah itu juga wajib.

Ayuh, koreksi diri! Optimumkan usaha untuk mencapai sebuah tamadun yang gemilang. Dari situ akan lahirlah generasi yang terbilang, Insya-Allah.

Read more...

MU’MIN; PAKEJ 2 IN 1

>> Sunday, October 18, 2009

Belum sempat Ihtifal Ilmi melabuhkan tirainya, saya terus bergegas pulang ke Kedah. Pulang memenuhi jemputan sahabat-sahabat dari SMKAB untuk berprogram bersama adik-adik mereka. Turun atas stand Pengerusi Alumni Kepimpinan Pelajar Islam Kedah, ada misi yang perlu dilaksanakan. Memandangkan adik saya, Abu Qohafah tidak dapat turun ke program ini, maka saya ditugaskan untuk menggantikannya member pengisian kepada adik-adik SMKAB.

Perjalanan mengambil masa berjam-jam lamanya, beberapa pengalaman sempat ditimba. Pengalaman pertama dalam hidup saya apabila seorang Katolik mengajak bermunaqasyah mengenai agama. Berat hati pada mulanya, namun disebabkan persoalan terus diajukan saya cuba menjawab semampu yang mungkin.

Tiba di Alor Setar pada jam 8.00 pagi. Abdul Ghafur menjemput saya dari stesen menuju ke Darus Sofwah untuk khidmat diri. Selesai bersarapan, saya meneruskan perjalanan ke Baling bersama Asyraf dan Anas, penuntut jurusan Ilmu Wahyu di UIA Nilai. Mata terlalu berat untuk dibuka, lantaran degil untuk berjaga pada malamnya di atas tren.

Tiba di hadapan SMKAB pada jam 1.15 petang. Saya menunggu bersama dua orang sahabat di hadapan sekolah sebelum kami masuk bersama adik Abdul Muhaimin, bekas pelajar MMY. Sempat juga untuk berehat sebelum memulakan program bersama adik-adik SMKAB. Taklimat fasilitator yang sepatutnya dibuat pada tengah hari ditunda hingga ke malam, selepas Isya’.

Program berjalan lancar selama 3 hari 2 malam. Banyak yang diperolehi melalui program ini. Ditambah degan kehadiran ayahanda Cikgu Sukarno sebagai salah seorang tenaga yang memberi pengisian dirasakan amat berharga.

Koordinator dan Fasilitator

Dalam apa jua program, kedua-dua aktor tidak dapat dipisahkan. Koordinator program bertindak untuk menjadikan program sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan berjalan lancar, tak kiralah apa jua posisi yang diletakkan.

Sementara itu, fasilitator akan berperanan sebagai pemudah cara untuk para peserta memahami objektif dan matlamat yang ingin disampaikan melalui program tersebut. Tidak kiralah apa pun caranya, yang pasti mereka ini akan berusaha sedaya yang termampu untuk memahamkan peserta tentang objektif yang ingin disampaikan. Ada fasilitator yang berperanan sabagai penceramah, ada juga sebagai kaunselor. Namun, perlu diingat. Fasilitator hanya sebagai penunjuk jalan, memberi joran kepada si pemancing, bukan sebagai tukang pancing dan member ikan kepada pemancing yang sebenar.

Apa pun yang diketengahkan, ianya mempunyai kaitan yang amat rapat dari sudut tarbiyyah. Sudah tentu kita masih ingat kisah Rasulullah S.A.W menyeru bapa saudaranya Abu Talib untuk memeluk Islam hingga di saat akhir hayat bapa saudara Baginda. Satu perkara yang wajib kita imani, bagaimanapun usaha kita untuk memprogramkan peserta program, hanya Allah jua yang memberi hidayah. Satu perkara yang kita sering terlepas pandang apabila peserta yang kita programkan itu tidak menunjukkan kesan daripada program yang dilaluinya.

Namun, bukan bermakna kita perlu tinggalkan usaha. Usaha itu perlu, tawakkal itu wajib. Kedua-dua elemen ini perlu seiring. Tidak boleh kita tinggalkan tawakkal dengan hanya menggunakan wasilah usaha, dan amat salah jika kita hanya bertawakkal tanpa adanya usaha.

Tarbiyyah dan Mentarbiyyah

Program yang dimaksudkan di sini ialah program pencerahan, program islah, program tarbiyyah dan sebagainya. Selalunya kita gemar sekali untuk mentarbiyyah, namun jarang sekali kita melihat orang yang suka untuk ditarbiyyah. Tanyalah kepada siapa pun, jika diprogramkan sudah tentu berat hati untuk melangkah pergi. Tapi jika memprogramkan, silap-silap kitalah orang yang pertama memberi nama untuk member khidmat tenaga.

Kenapa hal ini terjadi?

Saya mula aktif dalam program sejak berumur 13 tahun. Mungkin juga boleh dikatakan hobi untuk berprogram. Tapi seperti yang dinyatakan, terkadang berat juga hati untuk melangkah. Di situ memerlukan pencerahan niat supaya apa yang diniatkan selari dengan kehendak Allah. Melihat situasi setiap program yang pernah dilalui, saya mempunyai pandangan tersendiri.

Satu ketika, seorang sahabat saya pernah berdebat dengan koordinator program tentang soal taklifat. Ketika itu saya baru berusia 17 tahun. Antara taklif program yang diberikan kepada kami ialah zikir sebanyak 3000 kali sehari. Katanya, tidak perlu zikir sebanyak itu jika hati terpaksa. Coordinator program memberi jawapan balas, mana kita tahu kalau-kalau di dalam jumlah yang sebanyak itu da satu zikir yang dikira ikhlas di sisi Allah. Kami terdiam.

Apa yang ingin saya kongsikan, tarbiyyah itu bukan menurut kemahuan. Tarbiyyah ini bersifat keperluan. Sebagai manusia, tarbiyyah amat diperlukan bagi mengisi jiwa yang sering kekeringan lantaran dosa yang sering dilakukan. Namun, sebagai pentarbiyyah juga perlu kita sedar. Dalam kita mentarbiyyah, sudah tentu kita tidak mahu hasil yang sia-sia. Jadi, mulakan dengan sedikit. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kata pepatah melayu.

Tidak jadi jika persoalan tarbiyyah hanya ditumpukan pada program-program yang khusus. Sedangkan pada hari-hari yang lain, kita membiarkan jiwa kita tanpa diisi. Kerana itu, Al-Quran telah menegaskan kepada kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain kerana ianya mendatangkan manfaat kepada mu’min.

Kalau di dalam sesebuah program kita meletakkan taklifat yang begitu tinggi terhadap peserta, maka sewajarnya sebagai coordinator program untuk merasai taklifat yang bersifat dua kali ganda daripada peserta. Kerana mustahil jiwa yang kotor mampu untuk membersihkan jiwa yang lain.

Ayuh,lakukan anjakan!

P/s: Perkongsian ini dicoret untuk tatapan semua. Tidak kira siapa pun kita, elemen muhasabah perlu diterapkan.

Saya menyedari hal ini, mungkin juga ada di kalangan kita juga menyadari hal ini. Sebagai pemuda, kita adalah agen perubah. Maka sewajarnya kita perlu mengubah pekara dasar di dalam diri kita seiring dengan tugas mengislah jiwa yang lain.

Read more...

ISU SEBAT: JANGAN JADI BODOH SOMBONG!

>> Monday, October 5, 2009

Isu sebatan terhadap Kartika Dewi Shukarno kembali menjadi perhatian. Isu ini telah menarik perhatian ramai pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi agama mahupun individu persendirian. Banyak pihak yang menyokong keputusan mahkamah syariah Pahang namun tidak kurang juga yang mempertikaikan.

Hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah ini sepatutnya dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu namun ditangguhkan atas alasan yang digembar-gemburkan media kerana menghormati bulan suci tersebut. Dengan kesempatan yang ada, ramai pihak termasuklah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta supaya hukuman sebat ke atas Kartika dinilai semula oleh pihak mahkamah syariah. Mereka juga meminta agar Kartika membuat rayuan di atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah.

Kartika yang berasa seperti dimalukan telah meminta kepada pihak yang berkenaan agar menghormati pendirian beliau agar hukuman sebat tetap dijalankan. Dato’ Seri Shahrizat juga telah meminta kepada semua pihak untuk mengormati keputusan yang dibuat oleh individu yang terlibat.

Berakhir sahaja bulan Ramadhan, mahkamah syariah memutuskan agar hukuman syariah tetap dijalankan ke atas Kartika. Namun, isu ini terus menjadi buah mulut serta pertikaian bagi sesetengah pihak yang tidak dapat menerima hukuman syariah (sebat) ini dijalankan ke atas seorang pesalah perempuan. Mereka terus mendesak agar mahkamah meneliti semula hukuman yang akan dijalankan terhadap seorang perempuan. Kumpulan ini diterajui oleh Sisters In Islam (SIS) serta beberapa badan bukan kerajaan yang lain.

Mereka menggunakan alasan hukuman ini telah melanggar hak asasi manusia kerana belum pernah seorang wanita di Malaysia disebat. Pada hemat saya, mungkin mereka menganggap hukuman yang bakal dilalui persis hukuman sebat sivil yang boleh mengakibatkan kecederaan. Saya berasa sedikit hairan, adakah pihak seperti SIS ataupun SUHAKAM tidak membaca mahupun mendengar penerangan yang telah dibuat oleh individu yang mempunyai kepakaran di dalam bab ini? Mufti Perak juga turut mengeluarkan pandangan di dalam hal ini. Namun, akibat perasaan sikap BODOH dan SOMBONG yang menyebabkan pihak ini enggan membaca mahupun mendengar.

Jika SUHAKAM menggunakan alasan hukuman seperti ini mencabar hak asasi manusia, mengapa SUHAKAM tidak membantah hukuman sebatan sivil yang dilihat lebih jelas melanggar hak asasi manusia? Saya melihat isu ini sengaja digembar-gemburkan oleh pihak-pihak ini kerana mereka telah diracuni dengan virus ISLAMOPHOBIA. Perlu diingat, agama Islam tidak pernah menganjurkan keganasan, apatah lagi menindas kaum yang lemah. Hukuman syariah amat adil jika hendak dibandingkan dengan hukuman lain kerana ianya memberi pengajaran kepada pihak lain.

SIS melalui lamannya telah cuba untuk menyamakan hukum yang terdapat di dalam agama Hindu dengan undang-undang syariah. Jika satu ketika dahulu terdapat pihak yang cuba mengadakan perkongsian hari raya, lantas keluarlah fatwa yang mengharamkan perkongsian hari raya. Maka, adakah relevan untuk menyamakan undang-undang yang terdapat dalam agama lain dengan hukum syariah yang terkandung di dalam agama Islam? Jika ingin dibincangkan hak asasi manusia, mengapa hanya membiarkan ahli keluarga tahanan ISA menderita sepeninggalan orang yang disayangi?

Pernah satu ketika, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawasanya pihak kerajaan yang sedang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional sentiasa peka dan serius dalam menjaga urusan yang berkaitan hal ehwal agama Islam serta bangsa Melayu dan rakyat jelata. Maka, saya rasakan sudah sampai masanya pihak kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN untuk menunjukkan sikap serius mereka dalam menangani isu bantahan terhadap hukuman syariah. Buktikan apa yang telah diungkapkan sebelum ini! Saya mengajak sekalian pencinta keadilan untuk MENGUTUK serta MENDESAK pihak terbabit menarik semula kenyataan yang dibuat. Saya juga menyeru sekalian pencinta kebenaran agar menyokong usaha mendesak pihak kerajaan supaya membubarkan pertubuhan yang cuba mencabul undang-undang syariah serta-merta demi menjaga kesucian Islam itu sendiri!

Read more...

SESUATU YANG BESAR, BERMULA DARI YANG KECIL

>> Monday, September 7, 2009

30 Ogos yang lalu, saya telah diajak oleh seorang sahabat dari Pusat Asasi UIA PJ untuk menemaninya berdiskusi. Sahabat saya ini pernah menuntut di Darul Quran JAKIM dalam program persijilan. Sekarang sudah bergelar al-hafiz. Saya menerima perlawaan itu dengan senang hati memandangkan saya dalam perjalanan pulang dari PJ ke Kuala Kubu Bharu. Diskusi yang bertempat di KL Central bertajuk “Ke Arah Merealisasikan Inqilabiyah”.

Alhamdulillah, diskusi tersebut berjalan dengan lancar. Turut hadir di dalam diskusi tersebut ialah akh MarBu, akh Asyraf, akh Azam dan akh Ikram. Segan pada mulanya, memandangkan yang hadir ke diskusi merupakan orang-orang yang berfikiran luas serta mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Saya tidak bercadang untuk mengemukakan pandangan, tetapi setelah ‘dipaksa’ oleh sahabat (MarBu) saya menjadi malu alah.

MarBu telah menerangkan tentang dua golongan yang sedang mencuba untuk menguasai tampuk pemerintahan, iaitu golongan kapitalisme dan sosialisme. Beliau telah member gambaran tentang situasi di antara dua golongan ini bermula dari zaman Rasulullah, terus ke pasca Merdeka dan sehingga kini. Beliau juga menerangkan tentang tahalluf yang dilakukan oleh pihak Islam dengan mereka yang mempunyai perkara yang ittifaq dengan Islam. Saya tidak bercadang untuk menghurai perbahasan ini kerana mungkin saudara MarBu akan menerangkannya di dalam lamannya sendiri.

Saudara Ikram menyatakan hujah pemerkasaan ilmu yang perlu dilakukan dari peringkat akar umbi. Di samping itu beliau turut menyentuh tentang pandangan Tn Guru Syeikh Muhammad Nuruddin mengenai golongan yang perlu bersatu di Malaysia ini bagi tujuan memenangkan Islam.

Di akhir sesi, saya diminta untuk memberikan pandangan. Terasa kerdil, ditambah lagi dengan tidak bersedia kerana saya diajak teman, bukan berbincang. Bagi memenuhi hajat saudara semuslim, saya tetap memberikan pandangan yang ala kadar. Saya bercakap mengenai pemerkasaan gerakan pelajar di peringkat menengah (yang dimaksudkan gerakan Tarbiyyah). Melihat kepada situasi hari ini, saya melihat terlalu penting untuk kita memperkasakan semula gerakan pelajar bermula di peringkat menengah lagi, di samping tidak meninggalkan pemerkasaan di peringkat mahasiswa.

Merujuk kepada situasi politik negara pada hari ini cukup membimbangkan. Setelah berakhirnya PRU ke-12, kita melihat Barisan Nasional masih kekal sebagai pemerintah dan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS, PKR dan DAP telah berjaya menawan 4 buah negeri di samping berjaya mengekalkan Kelantan yang berada di bawah naungan PAS sejak tahun 1990. Satu perubahan telah dibuat oleh para pengundi. Namun, pada Februari 2009 kita telah menyaksikan satu rampasan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Kronologi yang membawa kepada rampasan kuasa tersebut amat menjijikkan.

Saya tidak bercadang untuk mengulas isu-isu politik yang berlaku. Tetapi apa yang saya ingin gambarkan, kemenangan yang dikecapi pada hari ini bukan kemenangan yang berasal dari persediaan yang cukup. Seorang ulama’ yang terlibat dalam gerakan untuk memartabatkan Islam telah berkata bahawa pengisian terhadap kemenangan ini perlu diperhebatkan. Saya masih ingat, ketika saya aktivis untuk gerakan pelajar di Kedah, bagaimana pembangkang ketika itu (kerajaan sekarang) giat melaksanakan usaha untuk mendapatkan kemenangan. Dan saya yakin usaha itu masih berterusan sehingga kini dalm misi mempertahankan kemenangan.

Namun, isu yang ingin saya bawakan sekarang ialah pemerkasaan pengisian dengan memperkasakan gerakan di peringkat menengah. Sudah tentu kita sering mendengar pepatah yang menyebut “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Pepatah ini selalunya sinonim dengan amalan menabung. Namun, saya ingin mengaitkannya dengan pemerkasaan di peringkat akar umbi. Saya melihat gerakan di peringkat ini seperti tidak dipedulikan oleh banyak pihak. Kita lebih banyak menumpukan bagaimana untuk memperkasakan mahasiswa. Saya tidak mengatakan itu salah. Tetapi satu usaha perlu dilakukan untuk memastikan satu bentuk pemahaman yang jelas telah ditanam di peringkat dasar.

Maksud saya di sini, sesuatu yang besar berasal dari sesuatu yang kecil. Ini teori kimia yang diterangkan oleh saudara Afifi. Gerakan mahasiswa itu luas, dan peranannya dalam melahirkan pejuang yang ingin memartabatkan Islam adalah luas. Apa yang sering berlaku, tamat sahaja alam kampus, tidak ada sumbangan yang diberikan untuk gerakan Islam. Mengapa ini berlaku? Mungkin juga boleh dikatakan pemahaman yang tidak jelas, ataupun sudah jelas tapi buat-buat tak jelas. Na’uzubillah. Satu kerugian yang telah berlaku.

Dan jika diteliti pilihan raya kecil Manek Urai, pihak BN banyak mengeksploitasi anak-anak muda sehingga menyumbang kepada merosotnya majoriti undi. Jika pemerkasaan tarbiyyah dilakukan di peringkat menengah lagi, Insya Allah mungkin peratusan golongan yang mudah dieksploitasi ini kurang. Lihat bagaimana Rasulullah menerapkan elemen iman dan taqwa ke dalam diri pemuda di zaman tersebut sehingga melahirkan kader-kader yang tidak goyah dan tidak mudah terpengaruh apabila berhadapan dengan nikmat dunia. Golongan seperti inilah yang sering kita impikan.

Kalaulah gejala ini (tidak menyumbang tenaga setelah tamat pengajian) turut berlaku bagi mereka yang mempunyai latar pendidikan yang tinggi, apatah lagi anak-anak muda yang tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha ini tidak boleh dipandang enteng kerana saya amat yakin ia banyak membantu untuk proses kaderisasi yang lebih efektif di peringkat yang lebih tinggi.

Sekian

Ikhwan Hafiz
12 Ramadhan 1430
Selangor

Read more...

MERDEKA; MISI YANG BELUM TERCAPAI

>> Sunday, August 30, 2009

Setiap tahun pada tarikh 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan merayakan ulang tahun sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada tahun 1957. Di dalam teks sejarah di peringkat sekolah menengah ada menceritakan bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Ianya merupakan hasil usaha yang gigih daripada para pejuang Tanah Melayu satu ketika dahulu untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Perjuangan ini dimulakan pada awal siri penjajahan. Rakyat Melaka yang ketika itu meminta bantuan luar untuk mempertahankan kotanya daripada diserang Portugis terus berjuang namun akhirnya menemui kekalahan. Dan misi membebaskan Tanah Melayu ini diteruskan sehingga pada tahun 1957 munculnya seorang wira yang telah berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaysia dengan cara aman daripada pihak British. Dan laungan Merdeka bergema pada pagi 31 Ogos 1957 merupakan petanda kepada seluruh rakyat Malaysia, kita sudah bebas dari cengkaman penjajahan.

Dalam teks khutbah Jumaat, 28 Ogos 2009 di sebuah masjid, khatib menyeru sidang jemaah untuk memanjatkan rasa syukur kerana kita telah bebas dari cengkaman penjajahan. Satu persoalan terus timbul. Apakah benar kita sudah merdeka? Merdeka dari sudut apakah kita?

Saban tahun, kita sering diperingatkan tentang kemajuan yang dicapai pada hari ini merupakan hasil perjuangan pejuang terdahulu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Ya, saya tidak menafikan. Itu dari segi material. Infrastruktur yang ada di dalam negara kita sudah cukup menggambarkan bahawa kita sedang bersaing dengan negara- negara maju yang lain. Namun, apakah cukup hanya sekadar mewah dari sudut material? Sekali lagi ingin saya lontarkan, apakah benar kita sudah merdeka?

Melihat kepada kadar jenayah yang semakin membimbangkan, segala usaha yang dilakukan selama ini seolah-olah tidak memberi kesan kepada si pelaku jenayah. Ramai di kalangan mereka yang keluar masuk penjara tetapi akhirnya kembali terjebak dengan jenayah. Melihat kepada budaya yang tidak sihat di kalangan pemuda dan pemudi, seolah-olah mereka akan hidup selamanya dan tidak akan mati. Kalau mati pun bila dah mencapai usia tua. Muda hanya sekali, bila tua bertaubatlah. Enjoy dulu! Inilah ayat yang sering meniti di bibir para remaja dewasa ini. Melihat kepada keadaan ekonomi negara yang terus mengamalkan sistem yang diperkenalkan oleh masyarakat barat merupakan satu jaminan untuk mendapat kerugian. Kalau untung sekalipun, bukan dari cara yang halal. Justeru merdekakah kita?

Merdeka yang sebenarnya bukan sahaja kita bebas daripada cengkaman pihak penjajah secara zahir seperti yang kita lihat sekarang. Kita juga wajib memerdekakan corak pemikiran daripada anasir luar yang ternyata sekali tidak sihat. Kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan jiwa yang mengeluarkan seseorang itu daripada terus menghambakan diri kepada hamba kepada menghambakan diri kepada Pencipta hamba!

Hakikat yang sebenarnya, kita terus dikuasai oleh pihak orientalis yang menghidupkan sistem penjajahan. Melihat kepada fakta sejarah, kedatangan penjajah Portugis ke Melaka membawa agenda yang telah diatur dengan sebaik mungkin. Ketika itu Melaka terkenal sebagai serambi Mekah, sebagai pusat penyebaran agama Islam di rantau ini selain Acheh. Pihak orientalis dan konco-konconya yang menyimpan dendam sejak kekalahan mereka dalam Perang Salib telah melancarkan satu bentuk serangan yang halus untuk mematikan segala usaha mempertahankan kesucian Islam. Salah satunya bentuk penjajahan.

Portugis terus mara ke Melaka dengan membawa tiga slogan yang masyhur iaitu Glory, Gold, Gospel. Di dalam satu siri bacaan yang pernah saya rujuk, pihak orientalis ingin mengagung-agungkan tamadun yang diasaskan oleh barat. Maka dengan tujuan itu mereka membawa slogan Glory sebagai “bahan kempen” untuk mendapatkan tanah jajahan. Mereka juga telah mengenal pasti kekayaan yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu. Secara geografinya, negara yang dikuasai oleh penduduk yang majoritinya orang Islam mempunyai kekayaan hasil bumi yang cukup banyak. Tidak kurang juga kawasan yang didiami oleh masyrakat Muslim yang telah terbukti sejak dahulu hingga kini merupakan kawasan strategik yang membolehkan keuntungan dikaut. Nah, atas dasar ini jugalah orientalis melaksanakan misi penjajahan. Slogan Gold yang membawa maksud emas merujuk kepada kekayaan.

Orientalis juga sedar, selagi mana umat Islam ini terus berpegang dengan ajaran Islam maka selagi itulah mereka tidak dapat dikalahkan. Lihat sahaja kisah di dalam Badar al-Kubra, seramai 313 orang tentera Muslimin menghadapi 1000 orang tentera musyrikin Mekah telah Berjaya mendapat kemenangan. Ini kerana hasil mereka berpegang dengan Tali Allah serta yakin dengan segala janji Allah dan Rasul-Nya. Sejarah juga telah membuktikan perjuangan Sultan Muhammad membebaskan Kostantinopel dengan berbekalkan iman dan taqwa serta menaruh sepenuh pengharapan kepada Allah merupakan kunci kemenangan tentera Islam. Hasil daripada pengkajian tersebut, orientalis melancarkan slogan Gospel yang merujuk kepada salah satu unsur di dalam agama Kristian dalam usaha merobek iman dan akidah masyarakat Muslim. Bermula dari situlah penjajahan terus berlaku.

Saya tidak menafikan bahawasanya kita bebas bergerak dan melakukan apa sahaja tanpa halangan daripada pihak luar. Namun, perlu kita teliti semula. Sekiranya kita benar-benar telah mencapai kemerdekaan, mengapa perlembagaan di negara ini perlu dirujuk di bawah suruhanjaya Reid? Bukankah kita berhak mengatur langkah sendiri kerana kita telah merdeka dan Malaysia ini hak milik kita? Dan sebenarnya ini juga merupakan salah satu usaha untuk terus menjajah. Allah telah mengutuskan Rasul untuk membawa syariat yang selari dan tepat dengan kehidupan manusia. Tetapi, kerana bongkaknya pemimpin negara dan terus ingin berada di dalam keadaan yang jahil maka diambilnya undang-undang sivil ciptaan manusia untuk digunakan!

Budaya hedonisme yang dibawa masuk dari barat sudah cukup menggambarkan bahawasanya kita tidak merdeka. Jiwa kita masih dikuasai, fikiran kita masih dikongkong. Hati yang lalai akan menyebabkan manusia tidak takut kepada Pencipta. Maka sasaran mereka ialah pemuda. Rasulullah sendiri pernah menegaskan, golongan pemuda ini perlu dijaga sebaik mungkin. Golongan inilah yang banyak membantu perjuangan Rasulullah dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyyah. Maka golongan orientalis melihat ini merupakan satu ancaman kepada mereka. Justeru mereka terus menguasai pemuda melalui jalan hiburan yang berlebihan. Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun akan ada konsert-konsert yang mengisi kekosongan pada malam ambang merdeka setelah solat hajat dan bacaan Yasin dibuat. Inilah Islam Had-hari yang dibawa oleh pemerintah. Mereka terus membiarkan golongan muda-mudi ini hanyut dalam suasana yang dirasakan kondusif (dunia sahaja, akhirat tak).

Melihat pula dari sudut pendidikan yang bercorakkan dualisme dengan memisahkan dunia dan akhirat. Sistem yang dilaksanakan sekarang tidak membawa kepada kemajuan akal dan yang paling utama kemajuan akidah. Pendidikan sekarang berorientasikan peperiksaan tidak layak untuk digelar pendidikan tetapi yang paling tepat sistem pensijilan. Para pelajar dimomokkan dengan pelbagai perkara yang terbukti menyekat golongan ini untuk membangunkan minda sekaligus menerapkan di dalam diri mereka ini amalan 3K (kolej, kelas, kafe). Mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku di luar sana. Lihat sahaja sistem awal pendidikan. Usaha untuk menerapkan akidah yang salimah tidak berlaku dan apabila mereka ini meningkat dewasa, melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka akan mudah terpengaruh dengan bentuk pemahaman liberal. Maka sudah tentu sistem ini tidak memanusiakan manusia!

Justeru, sewajarnya kita meneruskan misi untuk memerdekakan diri kita daripada belenggu penjajahan musyrikin orientalis. Melihat kepada realiti yang berlaku, satu bentuk perubahan harus dibuat untuk mencapai satu natijah yang bermakna bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Bebaskan diri, masyarakat dan negara daripada belenggu penjajahan ini. Ayuh, kita laksanakan misi yang belum tercapai!

Sekian

p/s: Hasil nukilan bertarikh 30 Ogos 2009. Diterbitkan semula untuk tatapan dan peringatan semua.

Read more...

PERKONGSIAN FIQH: ARAK MENURUT ISLAM

>> Saturday, August 29, 2009

Belakangan ini banyak pihak yang member pandangan berhubung isu seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah kerana meminum arak di sebuah kelab di Cherating. Kartika telah dijatuhkan hukuman sebat sebanyak enam sebatan beserta denda sebanyak RM 5000. Namun, hukuman itu telah ditangguhkan sehingga berakhirnya bulan Ramadhan.

Dalam akhbar yang sempat saya baca, Utusan Melayu dan Berita Harian edisi 26 Ogos 2009, ramai yang telah memberikan pandangan. Tidak kurang juga pemimpin kerajaan. Saya secara peribadi member pujian kepada Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas individu terbabit. Cuma, jika pujian itu dalam bentuk bintang saya tidak akan memberi lima bintang. Bahkan mungkin sahaja satu atau dua bintang. Satu pujian kepada pihak berwajib kerana masih mempunyai usaha untuk menjalankan undang-undang Islam di negara sekular ini.

Dalam hal ini, ada di kalangan pemimpin Barisan Nasional cuba bertukar wajah menjadi ustaz ataupun ustazah. Saya berasa sedikit hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan. Dari manakah sumber yang mereka perolehi untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Sejarah Pengharaman Arak

Bagi penuntut di bidang Syariah, Usuluddin dan seangkatan dengannya, mereka mengetahui (Insya Allah) bagaimanakah arak itu diharamkan. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqolani di dalam kitabnya, Fathul Bari syarah Sohih Bukhari, arak diharamkan secara mutlak pada tahun kelapan hijrah. Pengahramannya tidak dilakukan secra sekali gus, bahkan berperingkat.

Pada mulanya Allah telah menyatakan bahawa arak itu mempunyai banyak mudarat dan sedikit sahaja manfaat yang diperoleh daripadanya. Allah menjelaskan hal ini di dalam Surah Al-Baqarah ayat 219. Umum mengetahui akan keburukan yang bakal diperoleh daripada arak. Namun dalam ayat tersebut Allah menyatakan terdapat sedikit manfaat yang mungkin boleh diperoleh daripadanya. Menurut pendapat ulama’ manfaat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah manfaat dari sudut maddiyyah (kebendaan). Iaitu hasil jualan arak itu sendiri. Ini kerana pada era jahiliyyah, arak boleh diperoleh hanya dari Syam. Jadi hasil jualan yang berlipat ganda itulah yang disebut manfaat dalam ayat ini.

Pada peringkat seterusnya, Allah telah melarang para sahabat daripada menunaikan solat dalam keadaan hilang akal (mabuk). Perkara ini dijelaskan oleh Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 43. Pernah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W seorang sahabat yang baru sahaja meminum arak lalu mengerjakan solat. Di dalam solatnya itu, sahabat tersebut telah tersilap membaca ayat Al-Quran dari surah Al-Kafirun. Maka atas sebab inilah ayat ini diturunkan.

Memasuki fasa terakhir pengharaman arak, Allah telah menyatakan arak itu sebagai najis. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90-91, mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang kamu dari mengingati Allah dab melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu berhenti?”

Ulama’ menjelaskan, kalimah rijsun dalam ayat tersebut adalah najis. Menurut Imam Hanafi, arak termasuk dalam kategori najis yang berat (mughallazah). Maka, menurut pendapat beliau pakaian yang terkena arak sebesar satu dirham tidak boleh dibawa di dalam solat. Adapun menurut pendapat ulama’ yang lain, arak itu najis. Bekas-bekas yang digunakan untuk mengisi arak tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Tetapi jika tiada bekas yang lain untuk digunakan untuk makan dan minum maka bekas tersebut boleh digunakan dengan sayarat mesti dibasuh terlebih dahulu. Perkara ini disabitkan dengan sebuah Hadith Rasulullah yang melarang para sahabat menggunakan bekas yang pernah digunakan untuk tujuan arak dan daging babi.

Syafaat Dalam Hudud

Dalam isu ini, Islam memandang serius kerana ia merupakan perkara dasar. Hukuman yang dikenakan ke atas peminum arak ialah hukuman had (hudud).

Saya terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir. Memang di dalam Islam, sesuatu hukuman yang dijatuhkan perlulah diadili dengan seadil-adilnya. Beliau menyatakan bahawa terdapat ayat yang menjelaskan perlu berhukum dengan adil. Beliau mempersoalkan, apakah dengan hanya tulisan daripada ulama’ tanpa ada satu perbahasan dalam sidang mengenai enakmen undang-undang syariah di negara ini ataupun fatwa daripada Majlis Fatwa boleh diikut?

Satu persoalan yang saya rasakan tidak sewajarnya ditanya. Apakah nilai keilmuan yang ada pada ulama’ mujtahid terdahulu lebih rendah berbanding ulama’ yang ada di dalam Majlis Fatwa yang kadang-kadang fatwanya tidak menjurus ke arah penyelesaian masalah lantaran dipengaruhi oleh satu pihak yang tidak tahu-menahu tentang perihal Islam? Memang di dalam Islam kita perlu berhukum dengan adil. Islam tidak pernha berkompromi di dalam hal yang berkaitan perkara dasar, yang mempunyai nas rajih daripada Al-Quran mahupun Hadith. Tidak kiralah walaupun sekali kesalahan yang dilakukan, jika sudah dibuktikan kesalahannya, cukup syarat dan sifatnya maka hukuman perlu dijatuhkan. Bukan bermaksud Islam itu zalim, tetapi pendirian yang tegas untuk mempertahankan kesuciannya.

Dalam isu yang saya ketengahkan ini, seolah-olah meminta pihak berwajib ‘memberi syafaat’ kepada si pesalah atas alasan ini kesalahan yang pertama kali dilakukannya.

Rasulullah pernah menegur seorang sahabat yang dilihat Baginda seperti memohon syafaat untuk kesalahan yang dilakukan oleh seorang wanita Ansar. Perkara ini dijelaskan Baginda di dalam Hadith Baginda yang memberi makna tidak ada syafaat (pertolongan) untuk mereka yang melakukan jenayah yang berkaitan dengan hudud.

Islam juga memang mementingkan soal tarbiyyah seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Najib. Tetapi seperti yang saya kemukakan, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara dasar. Jika halal, maka halal adalah jawapannya. Jika haram, maka haramlah yang perlu kita kat. Jika benar, benarlah, tetapi jika salah maka salahlah ia. Jelas di dalam Islam, tidak ada pertengahan di antaranya!

Bilangan Sebatan Menurut Syara’

Jika kita merujuk Sohih Muslim, bab hudud dalam hadith 3218, hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, mafhumnya:

“Sesungguhnya Nabi telah dihadapkan dengan seorang lelaki yang minum arak lalu ia dihukum sebatan dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali”

Di dalam Sohih Bukhari, bab hudud dalam hadith 6281, juga diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a mafhumnya:

“Sesungguhnya Nabi telah dihadapkan dengan seorang lelaki yang meminum arak lalu ia dihukum sebatan dengan dua pelepah sebanyak empat puluh kali. Kata Anas: Abu Bakar telah melaksanakan sebagaimana yang dilaksanakan Rasulullah. Apabila Saiyiduna Umar menjadi khalifah, beliau telah bermesyuarat dengan para sahabat (disebabkan ramai orang yang meminum arak dan tidak takut dengan empat puluh sebatan), berkatalah Abdur Rahman bin ‘Auf, seringan-ringan hukuman hudud (peminum arak) ialah lapan puluh sebatan. Lantaran itu Umar menyuruh melaksanakannya”

Jika kita perhatikan dua nas hadith di atas, Rasulullah dan Abu Bakar telah melaksanakan hukuman 40 kali sebatan ke atas peminum arak, sedangkan Umar 80 kali sebatan. Bukanlah bermaksud Umar melaksanakan bid’ah dholalah. Ini merupakan ijtihad di zaman beliau. Hal ini berikutan terdapat seorang lelaki yang meminum arak di zaman Rasulullah telah dijatuhkan hukuman sebat, di zaman Abu Bakar juga lelaki ini telah disebat, tetapi teap mengulangi perbuatan yang sama di zaman Umar al-Khattab. Dan pada waktu tersebut terlalu ramai yang meminum arak seolah-oleh mereka tidak gerun dengan hukum 40 kali sebatan. Maka atasa alasan inilah ijtihad di zaman Umar al-Khattab telah melaksanakan hukuman sebanyak 80 kali sebatan.

Jika kita merujuk kitab Fiqh Perundangan Islam, Dr Wahbah Zuhaili, beliau menerangkan bahawa hukuman 80 kali sebatan diguna pakai oleh jumhur ulama’, termasuklah pendapat daripada ulama’ Syafieah. Tetapi bagi mazhab Syafie yang lebih tepat ialah 40 kali sebatan berdasarkan nas hadith daripada Rasulullah S.A.W. Perkara ini juga dijelaskan di dalam kitab hadith Nailul Author.

Hukuman yang diperintahkan ini adalah bertujuan untuk mendidik, bukanlah membawa maksud Islam itu zalim. Namun, perkara ini disalah ertikan oleh seorang menteri yang lagaknya melebihi ustazah di dalam hal ini. Dato’ Seri Shahrizat nampak kurang setuju dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika. Beliau menyifatkan undang-undang syariah Negara ini seperti menindas golongan wanita. Ya, ini kerana pihak pemerintah sendiri tidak mahu menerima Islam yang sebenar. Islam itu diturunkan untuk menyelamatkan golongan wanita yang tertindas di zaman jahiliyyah. Tetapi pemimpin Negara hari ini memilih jalan untuk mencipta neo-jahilyyah. Maka sudah tentu undang-undang yang dicipta oleh mereka juga tampak seperti menindas golongan wanita. Mereka ingin sekali masuk syurga, tetapi tidak mahu mengamalkan system Islam yang sebenar. Maka itu adalah jalan ke neraka!

Wajib Menjalankan Undang-undang Islam

Tidak ada yang perlu dipersoalkan lagi. Nampak seperti menggelabah. Apabila undang-undang bercorak keislaman hendak dijalankan, ia terpaksa ditangguh. Alasan yang diberikan, tidak ada orang yang professional untuk menjalankan hukuman yang dijatuhkan.

Perkara ini sudah menjadi Fardhu ‘Ain kepada kita semua terutama sekali pihak kerajaan untuk menyediakan orang yang dapat melaksanakan hukuman bercorak Islam. Kita tidak mahu ianya dijadikan sebagai satu alasan kenapa undang-undang Islam tidak dapat dijalankan. Kalaulah benar pihak yang memerintah mengamalkan dasar Islam yang betul maka sudah tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jelas, hanya omong-omongan kosong yang diungkapkan oleh mereka, sedangkan mereka sendiri yang menolak perlaksanaan Islam yang sebenar di dalam Negara ini.

Saya amat khuatir dengan situasi ini. Terlalu ramai pemimpin kita yang tidak faham Islam, mengaku faham tentang Islam lantas mengeluarkan ‘fatwa-fatwa’ yang boleh menyebabkan orang ramai terikut dengan mereka. Jika ini berlaku, mungkin inilah yang dimaksdukan Rasulullah di dalam hadith Baginda tentang golongan ruusan juhhalan (pemimpin yang jahil). Apabila mereka berfatwa orang mengikut mereka. Mereka sesat bahkan menyesatkan.

Tidak sewajarnya mereka mengeluarkan pandangan dalam isu seperti ini kerana mereka perlu tahu siapa mereka. Kalau ingin ke syurga, pilihlah jalan ke syurga (Islam keseluruhan), bukan memilih jalan ke neraka (Islam had-hari; pagi Islam petangnya kufur)!

Sekian

Ikhwan Hafiz
26 Ogos 2009
Selangor Darul Ehsan

P/s: pembaca boleh merujuk di laman Ustaz Yusaini, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Ustaz Wan Ji

Read more...

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP