I made this widget at MyFlashFetish.com.

SENI KEMATIAN

>> Thursday, October 16, 2008


Mati Itu Seni...


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa…

Begitulah antara sebahagian lirik nasyid ‘Pergi Tak Kembali’ dendangan Rabbani. Syahdu hati ini bila mendengarnya. Lirik yang mampu membawa kita untuk mengingati mati. Tidak kurang juga lirik nasyid ‘Barzakh’ dendangan Far-east, cukup menggetarkan hati bagi siapa yang mendengar. Dan seharusnya kita mengambil ihtimam tentang hal ini kerana kematian akan berlaku kepada setiap makhluk yang bernyawa, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, raja mahupun rakyat. Semuanya akan merasai kematian..!

Kematian itu pasti tiba. Allah menyebut di dalam Al-Quran, Surah Ali Imraan ayat 185 mafhumnya;

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

Dan setiap makhluk tidak akan dilewatkan atau dipercepatkan saat kematiannya walaupun satu saat. Firman Allah dalam Surah Al-A’araf ayat 34, mafhumnya:

“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”

Seperti yang kita sedia maklum, makhluk Allah yang bernama malaikat merupakan makhluk Allah yang patuh dan tidak pernah melanggar walau satu pun perintah Allah. Maka apabila diperintahkan kepada Malakul Maut (‘Izrail) untuk mencabut nyawa setiap makhluk Allah, maka perintah itu dilaksanakan dengan pantas dan tidak pernah terlewat walaupun sesaat.

Hakikat bagi kehidupan yang kita lalui sekarang hanyalah sebuah pengembaraan dan kita adalah musafir yang ingin pulang ke destinasi. Terdapat tiga golongan yang melalui pengembaraan ini. Golongan pertama ialah golongan yang hidup untuk dunia sahaja. Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis); sama ada berdasarkan falsafah mahupun golongan ‘Dahriyyin’. Golongan yang kedua ialah golongan yang sesat antara dunia dan akhirat. Mereka ini adalah golongan kebanyakan. Mereka tertipu dengan kenikmatan dunia yang sementara (Na’uzubillah). Dan golongan yang ketiga ialah golongan yang menganggap dunia ini adalah lading tanaman untuk akhirat. Mereka inilh golongan yang benar-benar beriman, bahkan mereka mengetahui hakikat hidup. Mereka menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firaman Allah di dalam Surah Al-An’am ayat 32, mafhumnya;

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir?”

Dan hakikat yang sebenarnya, meraka ini adalah golongan yang cerdik kerana mereka mengetahui hakikat kehidupan. Mereka mengetahui matlamat kehidupan ini adalah kematian. Justeru, apabila mengetahui hakikat ini mereka akan menyediakan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan yang jauh dan berliku ini. Dan mereka yang sentiasa mengingtai mati adalah mereka yang mampu mencipta seni kematian tersendiri. Sebuah hadis Nabi, mafhumnya;

“Seseorang itu akan hidup seperti cara hidupnya…”

Dalam mafhum hadis ini, Rasulullah S.A.W menerangkan kepada kita tentang seni kematian. Lihat sahaja kepada beberapa tokoh yang berjaya mencipta nama dalam hidup mereka seperti As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, As-Syahid Dr Abdullah Azzam, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan beberapa tokoh Malaysia seperti As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Almarhum Dato’ Fadzil Noor dan ramai lagi tokoh, merupakan orang yang berjaya mencipta seni kematian mereka tersendiri. Meraka mendapat kemuliaan di sisi Allah dengan gelaran Syuhada’.

Orang yang ingin mencipta seni kematian perlu melalui corak kehidupan seperti corak kemtian yang mereka inginkan. Jika mereka ingin mati dalam keadaan berada dalam majlis ilmu, maka kehidupan mereka perlu berada di ruang lingkup tersebut. Jika mereka inginkan kematian sebagai seorang syahid, maka kehidupan mereka perlulah tidak lekang daripada perjuangan. Justeru, bagaimanakah seni kematian yang kita inginkan? Tepuklah dada, tanyalah iman...!

Saiyiduna Ali Karamallahuwajhah pernah berkata ketika bangun di sepertiga malam untuk bermunajat kepada Tuhannya, maksudnya:

“Ah, sedikitnya bekalanku sedangkan perjalananku masih jauh”

Jika itu yang dirasakan oleh Saiyiduna Ali, sedangkan ibadat mereka jauh lebih bermutu dan berkualiti daripada ummat yang mutaakhirin ini, maka bagaimana pula keadaan kita yang masih terumbang-ambing dengan amalan dan persediaan kita untuk bertemu Allah di hari Kiamat kelak? Sama-sama kita bermuhasabah..!

0 comments:

Post a Comment

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP