I made this widget at MyFlashFetish.com.

KENANGAN RAMADHAN

>> Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi. Namun kali ini kehadirannya tidak sama seperti Ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan yang lalu telah meninggalkan banyak kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Sengaja saya coretkan sebagai satu kenangan dan perkongsian bersama, mengimbau nostalgia silam ketika masih di alam persekolahan.

Sejak kecil, kehadiran Ramadhan sememangnya amat dinantikan. Menjelang Ramadhan, maka sebulan itulah saya menghabiskan masa di kampung bersama arwah nenek (orang Kedah panggil tok). Setiap kali Ramadhan menjelma, bazar Ramadhan di Serdang merupakan 'tempat lepak' bersama sepupu. Menolong maklong menjual kuih-muih merupakan kenangan yang indah. Masih segar kenakalan lalu, cubaan memonteng puasa, turun ke tali air untuk memancing. Hinggalah tahun 2002. Itulah kali terakhir saya menghabiskan masa di kampung. Tahun itu jugalah arwah nenek dipanggil menghadap Kekasihnya.

Kenangan berpuasa di Ma'ahad bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Di kala itulah saya mula berjinak-jinak dengan dunia hafalan Al-Quran. Alhamdulillah, berkat didikan guru di sana saya sempat menghabiskan 7 juzu' sepanjang di Ma'ahad. Lebih manis apabila mengenangkan nostalgia menyambut Ramadhan ketika kali pertama bergelar ahli rumah sewa Darul Sofwah Wal Mukhtarah. Terasa indahnya hidup di dalam keadaan Tarbiyyah. Ketika itulah saya dilatih dengan pelbagai bentuk latihan. Menuntut ilmu hadith di Ma'ahad Darul Hadis, bergurukan al-fadhil Tuan Guru Ustaz Zainol Asri merupakan nostalgia yang amat indah. Masih segar di ingatan, al-fadhil Ustaz mengajak kami agar memperbanyakkan ibadah di dalam bulan Ramdhan; bertadarus 3 juzu' sehari, tarawih 20 rakaat setiap malam, witir 11 rakaat, bertahajjud, berselawat. Berbuka bersama, bertarawih di sana yang kadang-kadang berimamkan Ustaz Khairullah dari Indonesia (kadang-kadang saya sendiri menjadi imamnya).

Semua ini sudah menjadi kenangan, kenangan yang amat bermakna. Saya amat merindui suasana tersebut. Entah bilakah lagi saya boleh mendapat suasana seperti itu. Terasa manis hidup di dalam tarbiyyah dan berukhuwwah.

Kini, telah genap setahun saya melangkah ke alam mahasiswa. Dan dalam tempoh itulah hampir dua kali saya menempuh imtihan di dalam bulan Ramadhan. Terasa rindu untuk kembali mengecapi suasana yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Mudah-mudahan diizinkan Allah, mungkin juga di dalam siri dan versi yang berlainan...

Sekian.

1 comments:

Hazim August 27, 2009 at 12:13 PM  

masyaAllah... biarpun ana hanya lbih kurang setahun di sofwah, apa yang nta garapkan memang betul dan tepat mengikut benak hati ini...

sama untuk ramadhan kali ini, rindu pada ukhuwwah dan tarbiyah senior mahupun sahabat2 sofwah dipekung rapat di dada menahan sebak...

artikel nta selari dgn perasaan ana..

ketikamana kuliah di maahad darul hadis, ustaz zainul asri mentaklifkan bacaan al-Quran 3 juzu' sehari, semngatnya diri yang baru mengenal erti ukhuwwah dan tarbiyah ini bkn main lagi.. berusaha menunaikan amanat guru... ketika tiba dipertengahan ramadhan, ustaz zainul asri dapat mengesan kelesuan semangat kami, dibangkitkan rahsia2 fadhilat ramadhan, cuba menaikkan kmbali semangat kami.. hinggalah kpd kisah pertemuan beliau dgn Junjungan Mulia di alam mimpi...
masyaAllah...

semoga ukhuwwah dan tarbiyah yg ana dpt sedikit sebanyak menjadi asbab kemasukan ana kedalam senarai hamba yang diredhai Pemilik sekelian jiwa... amin..~

Post a Comment

Our Blogger Templates Web Design

Kepada sesiapa yang ingin mengambil bahan dari blog ini, pihak kami mengalu-alukannya. Sebarkan bahan ini dengan sebaiknya untuk faedah dan kepentingan bersama. Syukran

NASYID FM

Sila download

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP